Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Membuat Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melalui Sistem Temujanji Online (STO)

5,134

Anda yang ingin berurusan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diminta untuk membuat temujanji secara online terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter imigresen untuk urusan anda.

Anda juga diingatkan untuk TIDAK hadir ke Pejabat Imigresen secara walk-in kerana setiap urusan yang hendak dibuat mestilah melalui Janji Temu yang telah ditetapkan.

Apakah langkah-langkah untuk Janji Temu menggunakan Sistem Temujanji Online (STO)? Semak je disini.

INFO RINGKAS SISTEM TEMUJANJI ONLINE (STO)

Sistem Temujanji Online (STO) adalah satu sistem tempahan janji temu atas talian (online) bagi urusan di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Cara Membuat Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melalui Sistem Temujanji Online (STO)

Baca juga: Urusan JPJ Dah Boleh Buat Pada Hujung Minggu Mulai 13 Ogos 2021 Ini. Buat Temujanji Dulu Baru Hadir Ya!

JENIS URUSAN IMIGRESEN

Jenis urusan Imigresen yang boleh dibuat secara temujanji online adalah:

  • Program Rekalibrasi Tenaga Kerja
  • Program Rekalibrasi Pulang
  • Bahagian Khidmat Ekspatriat
  • Bahagian Visa, Pas & Permit
  • Bahagian Keselamatan & Pasport
  • Bahagian Pekerja Asing
  • Bahagian Operasi, Siasatan & Pendakwaan

SYARAT PERMOHONAN SISTEM TEMUJANJI ONLINE (STO)

Syarat permohonan Sistem Temujanji Online (STO) adalah seperti berikut:

  • Majikan telah mendaftar di Portal Rekalibrasi.
  • Pekerja berstatus LAYAK dan telah dikeluarkan slip verifikasi oleh Imigresen.
  • Majikan telah memperolehi kelulusan Kuota KSM dan LULUS FOMEMA.

DOKUMEN SOKONGAN

Pastikan anda membawa bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  • Dokumen syarikat dan pengenalan diri majikan
  • Kelulusan kuota daripada KSM
  • Resit asal bayaran wang cagaran
  • Pasport asal dan salinan
  • Slip verifikasi yang dikeluarkan oleh Imigresen
  • Slip Skim Perlindungan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) (kecuali SEKTOR PERLADANGAN)

CARA BUAT PERMOHONAN TEMUJANJI ONLINE

Cara-cara membuat permohonan temujanji online adalah seperti berikut:

Sistem Temujanji Online (STO)

  • Klik TERUSKAN.
  • Pilih JABATAN, BAHAGIAN/CAWANGAN/UNIT, URUSNIAGA dan TARIKH TEMUJANJI.
  • Klik  Next selepas SLOT TEMUJANJI dipaparkan.
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik SUBMIT
  • Klik OK untuk pengesahan
  • Jangan lupa untuk cetak slip Temujanji untuk semakan.

Baca juga: Nak Renew Lesen Di Pejabat Pos? Ini Cara Buat Temujanji Online Pejabat Pos Untuk Urusniaga JPJ

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia, sila dapatkan di pautan berikut:

 

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...