Nak Renew Lesen Di Pejabat Pos? Ini Cara Buat Temujanji Online Pejabat Pos Untuk Urusniaga JPJ
Setelah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan bahawa tiada lagi moratorium untuk renew lesen sepanjang PKP, orang ramai telah dibenarkan untuk membuat segara urusan di JPJ di pejabat pos selain di kaunter cawangan JPJ yang berdekatan.
Namun, bagi urusan yang tidak dapat dilakukan secara online di pejabat Pos, adalah dibenarkan untuk dibuat di kaunter JPJ berdasarkan janji temu yang dibuat oleh pelanggan secara online.
Oleh itu, sebelum anda berurusan di pejabat pos untuk melakukan urusan JPJ, sila buat temujanji online terlebih dahulu seperti mana yang akan dikongsikan disini.
TARIKH TEMUJANJI ONLINE POS
Isi Kandungan
Anda boleh membuat temujanji online urusan JPJ di pejabat pos yang melibatkan urusiaga JPJ bermula pada:
- 9 Ogos 2021
JUMLAH SLOT TEMUJANJI
Seperti yang dimaklumkan Pos Malaysia, setiap pelanggan hanya dibenarkan untuk membuat tempahan slot sebanyak:
- 1 slot temujanji sahaja sehari dan tidak lebih daripada 3 urusniaga setiap temujanji
CARA TEMPAHAN TEMUJANJI ONLINE PEJABAT POS
Untuk membuat temujanii pejabat pos secara online untuk urusan JPJ, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:
- Anda boleh gunakan aplikasi Pos Malaysia seperti dibawah.
Atau anda boleh membuat temujanji melalui laman web berikut: www.pos.com.my
- Seterusnya klik pada Outlet Finder
- Pilih Negeri, Cawangan Pejabat Pos dan klik pada pautan yang disediakan
- Klik pada tulisan biru yang bertulis Book Your JPJ Service Appointment
- Isikan maklumat yang diperlukan dan pilih masa, tarikh dan nombor telefon anda.
- Simpan slip temujanji anda atau anda boleh sahaja screenshot untuk rujukan ketika hadir temujanji di pejabat pos nanti.
- Nak cancel atau tetapkan tarikh baru untuk temujanji, klik sahaja Cancel Booking atau Reschedule.
KENYATAAN MEDIA
Anda juga boleh rujuk kenyataan media yang dikongsikan Pos Malaysia ini.
Jadi, pastikan anda membuat temujanji dahulu ya sebelum hadir ke pejabat pos untuk urusan JPJ.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.