Tiada Pemotongan Bekalan Elektrik Bagi Pengguna Domestik Di Semenanjung Sehingga 30 Jun 2021

Ingatkah anda bahawa pada 21 Disember yang lalu bahawa Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah telah menyatakan bahawa:

Pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil elektrik kurang enam bulan boleh menarik nafas lega apabila tiada pemotongan bekalan dikenakan terhadap mereka untuk tempoh tiga bulan lagi. (1 Januari hingga 31 Mac 2021)

Terkini, tempoh tersebut telah dilanjutkan lagi untuk mengurangkan beban pengguna domestik di semenanjung berikutan pandemik Covid-19 yang semakin berleluasa.

TUJUAN INISIATIF TIADA PEMOTONGAN BEKALAN ELEKTRIK

Untuk makluman, Inisiatif ini juga diperkenalkan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat berikutan penularan pandemik COVID-19 pada ketika ini.

TARIKH LANJUTAN TIADA PEMOTONGAN BEKALAN ELEKTRIK PENGGUNA DOMESTIK

Tarikh lanjutan bagi tiada pemotongan bekalan elektrik pengguna domestik semenanjung adalah bermula pada:

  • 1 Jun 2021 hingga 31 Mac 2021 dengan syarat tidak mempunyai tunggakan melebihi 6 bulan.

PELAN BAYARAN MUDAH

Selain daripada tarikh lanjutan tiada pemotongan bekalan elektrik bagi pengguna domestik di Semananjung, pengguna domestik juga ditawarkan dengan:

  • Pelan Bayaran Mudah selama 6 bulan mulai 1 Januari sehingga 30 Disember 2021 bagi membantu menguruskan bil elektrik mereka.

KENYATAAN MEDIA

Berikut kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengenai tiada pemotongan bekalan elektrik bagi pengguna domestik di Semananjung untuk rujukan anda:

Tiada Pemotongan Bekalan Elektrik Bagi Pengguna Domestik Di Semananjung Sehingga 30 Jun 2021

Baca juga: Daftar & Tebus Kredit Percuma e-Belia RM150 Boost e-Wallet. Ini Cara Daftarnya

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.