Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tiada Pemotongan Elektrik Dilaksanakan Sehingga Mac 2021

1,107

Sebelum ini diskaun bil elektrik bagi pengguna domestik di seluruh Malaysia dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020, terkini Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah telah melanjutkan inisiatif tidak melaksanakan pemotongan bekalan elektrik kepada pengguna domestik sehingga 31 Mac 2021.

Ini adalah kerana kerajaan sangat prihatin dengan kesukaran dan masalah yang dihadapi oleh rakyat yang sangat terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara sehingga sebilangan daripada rakyat hilang pekerjaan sekaligus hilang punca pendapatan.

TIADA PEMOTONGAN ELEKTRIK DI NEGERI TERPILIH

Untuk makluman anda, tiada pemotongan bekalan elektrik akan dilaksanakan di negeri berikut:

  • Semenanjung
  • Sabah

TEMPOH BIL TUNGGAKAN TIDAK MELAKSANAKAN PEMOTONGAN ELEKTRIK

Tempoh tunggakan bil elektrik yang disyaratkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) ialah:

  • Tunggakan kurang dari enam bulan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2021

TEMPOH BAYARAN ANSURAN TUNGGAKAN BIL

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, kategori pengguna ini akan diberi kemudahan seperti:

  • Membuat pembayaran secara ansuran selama enam bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021
Nota: Pengguna lain boleh berunding dengan pihak TNB dan SESB untuk membuat pembayaran secara ansuran bagi mengelakkan pemotongan bekalan elektrik sebagaimana diumumkan sebelum ini.

Tiada Pemotongan Elektrik Dilaksanakan Sehingga Mac 2021

Inisiatif ini merupakan satu inisiatif baru dan merupakan lanjutan kepada Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang telah diumumkan kerajaan pada 20 Jun yang lalu malah tempoh diskaun hingga 50% ini telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020 ini.

Sejumlah 6.94 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dan lebih kurang 500,000 akaun di Sabah akan menerima manfaat daripada inisiatif ini.

Setakat 31 Oktober 2020, manfaat diskaun bil elektrik di bawah pakej PRIHATIN dan BPE dinikmati oleh 7.66 juta pengguna kategori domestik di Semenanjung Malaysia dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.9 bilion.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...