Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Berbaloi Ke Beli Rumah Lelong? Ini 6 Tips Beli Rumah Lelong & Kelebihannya

1,190

Ada orang suka membeli rumah baru yang telah siap untuk dijadikan kediaman impian mereka setelah membuat simpanan dan permohonan loan membeli rumah diluluskan.

Ada pula yang suka membeli rumah lelong untuk dijadikan aset pada masa depan dan ianya seolah-olah menjadi satu ketagihan kerana membuat pembelian rumah lelong yang seterusnya.

Apakah kelebihan dan tips yang boeh digunakan untuk membeli rumah lelong? Baca disini ya!

APA ITU RUMAH LELONG?

Lelong bermaksud sesebuah hartanah atau rumah telah dilelong dan disita oleh pihak bank kerana gagal membuat pembayaran balik pinjaman bulanan secara konsisten.

Memang merugikan apabila rumah disita. Ini kerana bukan sahaja rumah yang diambil, tetapi kediaman serta segala kelengkapan dalam rumah tersebut akan diambil termasuklah perabot, alat-alat elektronik dan bermacam-macam lagi.

Seterusnya, rumah boleh dilelong dan disita apabila peminjam kehilangan punca pendapatan. Apabila pendapatan terjejas, kemampuan untuk membayar ansuran bulan akan menjadi tergendala.

Baca juga: Contoh Surat Pengesahan Majikan Untuk Loan Bank, Beli Rumah & Urusan Rasmi

KELEBIHAN MEMBELI RUMAH LELONG

Terdapat beberapa kelebihan membeli rumah lelong iaitu:

Kadar Komisen Rendah

  • Guna khidmat ejen atau wakil lain seperti peguam sebagai pembida di tempat lelongan. Kos untuk membuat pembidaan lebih jimat.
  • Buat bidaan sendiri terhadap hartanah yang anda mahukan di pusat lelongan terbabit.

Tawaran Lebih Murah

  • Harga yang diletakkan selulunya lebih rendah jika dibandingkan dengan harga pasaran semasa.
  • Rumah lelong yang dibeli adalah rumah yang lebih besar dan berada di kawasan pilihan anda. Jadi bila tawaran harga lebih rendah, ia membolehkan anda menggunakan wang yang selebihnya untuk kos membaik pulih rumah tersebut.

6 TIPS MEMBELI RUMAH LELONG

Sebelum anda membuat pembelian rumah lelong, pastikan anda ikuti tips-tips yang dikongsikan ini.

1. Harga Rumah Terlalu Rendah

  • Jangan membeli rumah dengan harga yang terlalu murah!
  • Lagi murah rumah yang dilelong, lagi ramai pembida yang masuk membida. Potensi anda mendapatkan rumah tersebut lebih rendah.
  • Pastikan anda tetapkan harga paling tinggi yang mampu untuk dibeli. Jadi, anda tidak perlu membida dengan pesaing yang lain.

2. Tidak Berputus Asa

  • Jangan berputus asa sekiranya gagal dalam membida rumah impian anda. Cuba lagi untuk rumah lelong yang lain.

3. Semak harga pasaran

  • Sebelum buat bidaan, semak harga pasaran rumah terlebih dahulu.
  • Buat semakan di bank atau pemaju perumahan untuk jetahui harga pasaran yang ingin dibeli.
  • Mengapa? Supaya harga pasaran setanding dengan kualiti dan kawasan perumahan yang ingin anda dapatkan.

4. Kelayakan Pinjaman

  • Check dengan bank terlebih dahulu kelayakan pinjaman untuk membeli rumah lelong idaman anda.
  • Penting membuat semakan kelayakan pinjaman membeli rumah kerana pembida hanya ada tempoh selama 90 hari atau 120 hari sahaja dari tarikh lelongan untuk membayar baki belian rumah lelongan tersebut.

5. Kondisi Rumah

  • Set diminda anda rumah yang dilelong berada dalam kondisi yang teruk dan tidak seperti yang anda angankan.
  • Kebanyakan rumah yang ditinggalkan pemilik adalah dalam keadaan buruk dan juga kotor.
  • Sediakan sedikit duit untuk membersihkan rumah serta untuk tujuan penyelenggaraan sekiranya berjaya dalam bidaan.

6. Ejen 

  • Elakkan daripada menggunakan ejen yang mahal dengan membuat semakan ejen dan skop kerjanya. Hati-hati, takut anda terpaksa keluarkan duit yang banyak pula nanti!

Berhasrat Nak Beli Rumah Lelong? Ini Yang Perlu Anda Tahu.

Baca juga: Update: Cara Mohon PPRT Untuk Bantuan Baik Pulih Atau Bina Baru Rumah Secara Atas Talian. Semak Kelayakan Disini

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...