Tak Perlu Ikuti Tips Penjagaan Kereta, Ikut Sahaja Tips Jahanamkan Kereta Ini Kalau Sayang Sangat Kereta Anda
Masing-masing sayang sangat dengan kereta sampai langsung tak terjaga kereta tu!
Kalau anda sayangkan kereta anda, sudah pasti anda ikuti tips-tips yang dikongsikan dan sudah pastinya kereta anda hanya alami kerosakan yang kecil-kecil sahaja.
Oleh itu, jom kita ikuti pula tips untuk menjahanamkan pula kereta kesayangan anda tu ya!
3 TIPS JAGA KERETA TIPTOP!
Isi Kandungan
Terdapat 3 tips mudah untuk jaga kereta paling tiptop iaitu:
1. Check Tayar
- Pastikan tayar angin cukup ya!
- Check seminggu sekali atau sebelum memandu
2. Enjin
- Pastikan enjin anda sejuk dan letakkan coolant.
- Sekurang-kurangnya enjin kereta anda tidaklah berkarat dalam tempoh masa yang panjang nanti.
3. Lampu
- Check lampu kereta anda semingu sekali
- Tukar lampu jika terbakar dan tidak berfungsi
- Check wiring lampu sekiranya lampu yang ditukar masih lagi tidak bernyala
TIPS MUDAH JAHANAMKAN KERETA
Kalau rasa menjaga kereta anda sangat susah, apa kata kita jahanamkan kereta dengan cara ini:
1. ABAIKAN LAMPU PERIKSA ENJIN (CHECK ENGINE)
- Jila lampu check engine menyala, anda boleh abaikan sahaja perkara ini.
- Ia menunjukkan terdapat kekurangan ataupun jika ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem enjin anda.
2. TAK TUKAR MINYAK ENJIN
- Punya nak jimatkan belanja sampai tak tukar filter yang telah uzur.
- Ada yang membiarkan minyak enjin tidak ditukar walaupun telah lebih kilometer
- Jadi jangan marah kalau enjin anda tak lancar macam dahulu lagi.
3. TAYAR KERETA BOTAK
- Tak pernah tukar dan check tayar kereta sampai tayar kereta menjadi haus.
- Malah, sampai kena alignment dan balancing kalau anda biarkan tayar kereta anda botak dan main terjun sahaja lubang yang ada pada jalan.
4. TAK IKUT JADUAL SERVIS
- Sengaja tak ikut jadual servis sampai ada barang yang rosak tanpa anda sedar.
- Mengapa perlu ikut jadual servis ini?
- Pemeriksaan rutin dan berkala akan memastikan kenderaan anda berfungsi dengan efisyen. Ia dapat mengelakkan kos yang tinggi untuk membaikinya jika rosak akibat kegagalan kita mematuhi jadual servis berkala.
5. KERETA KOTOR
- Kereta kena lumpur dan sengaja dibiarkan kotor tanpa dibasuh.
- Bila dibasuh, ia akan menyebabkan cat kereta anda juga turut tertanggal.
- Jadi, jangan biar kereta anda terkena lumpur dalam tempoh masa yang lama ya!
6. LANGGAR SEMUA LUBANG
- Jangan lupa, langgar je semua lubang! Kereta anda kan kuat!
- Kalau boleh, bawalah kereta anda dengan cermat. Elakkan daripada melanggar lubang. Kereta selamat, anda pun dapat elakkan daripada kemalangan.
Mudahkan nak jahanamkan kereta anda! Jangan lupa ikuti tips-tips ini tau!
Kalau nak jaga kereta, ikuti tips-tips ini ya!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.