Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bagaimana Cari Kerja Yang Sesuai Dan Terbaik Dengan Anda? Tips Dan Caranya

2,772

Kerja Yang Sesuai Dan Terbaik

Biasanya kita hanya memikirkan tentang mencari pekerjaan untuk perkara yang tertentu. Mungkin untuk mendapatkan wang dan mencari pengalaman sahaja. Tetapi ada yang mencari pekerjaan mengikut minat, cita-cita dan berkaitan dengan kemahiran tertentu. Sudah tentunya mencari pekerjaan yang sesuai dan terbaik adalah satu perkara yang agak rumit bagi anda.

Dikongsikan disini, mengenai ciri dan panduan tentang cara mencari pekerjaan yang sesuai dan terbaik untuk anda.

Cara Mencari Pekerjaan Yang Sesuai Dan Terbaik

  1. Tentukan apa yang anda mahukan dalam pekerjaan.
  2. Teliti jawatan dan maklumat kerja.
  3. Kaji trend gaji terkini.
  4. Kenal pasti tawaran yang disediakan.
  5. Selidik syarikat
  6. Tentukan sama ada anda memenuhi syarat.

Bagaimana Cari Kerja Yang Terbaik Untuk Anda_ Tips Dan Caranya

1. Tentukan apa yang anda mahukan dalam pekerjaan

Luangkan masa dengan memikirkan perkara yang membuatkan anda minat dengan pekerjaan tersebut. Adakah anda berminat untuk melakukan pekerjaan yang sama untuk majikan yang berbeza? Adakah anda mahu mengubah haluan kerjaya? Adakah anda baru memasuki bidang pekerjaan untuk pertama kali? Atau anda sanggup untuk memulakan kerja bermula dari bawah semula?

2. Teliti jawatan dan maklumat kerja

Anda juga boleh memilih dan meneliti jenis jawatan dan maklumat kerja secara online melalui :

  • Jabatan Tenaga Kerja
  • Jobs Malaysia
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Pelbagai Laman Web Pekerjaan (yang diiktiraf)

kerja yang sesuai

Melalui agensi dan laman web tersebut, anda boleh menyemak jenis jawatan dan skop pekerjaan yang terdapat di Malaysia.

Kenal pasti kemahiran, kelayakan dan minat yang sesuai dengan anda. Ini kerana agensi dan laman web tersebut sentiasa menyediakan maklumat yang terkini untuk rujukan pencari kerja.

3. Kaji trend gaji terkini

Anda juga boleh menentukan kerja yang  anda minat dengan melihat terlebih dahulu trend gaji terkini yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan seperti gaji minimum permulaan mengikut lokasi atau negeri dan juga mengikut kemahiran dan industri pekerjaan.

kerja yang sesuai dan terbaik

4. Kenal pasti tawaran yang disediakan

Langkah seterusnya dalam mencari pekerjaan yang sesuai dan terbaik untuk anda adalah dengan mengenal pasti perkara yang tidak boleh dirunding dan yang anda boleh bertolak ansur.

Contoh yang tidak boleh dirundingkan ialah :

  • Gaji minimum
  • Faedah seperti insurans kesihatan, cuti sakit dan cuti tahunan
  • Lokasi dan masa berulang-alik
  • Tuntutan wang kerja lebih masa

Contoh yang anda boleh bertolak ansur :

  • Bekerja lebih masa sekiranya diperlukan
  • Bekerja di syarikat kecil atau syarikat besar
  • Kepelbagaian tugasan
  • Perjalanan luar kawasan

kerja yang sesuai dan terbaik

5. Selidik syarikat

Tempat kerja yang sesuai juga sangat penting untuk anda. Anda boleh menyelidik syarikat yang anda rasakan sesuai dengan minat dan kemahiran anda. Dapatkan maklumat melalui laman web atau melalui ulasan pekerja atau bekas untuk mendapatkan gambaran budaya kerja syarikat tersebut.

6. Tentukan sama ada anda memenuhi syarat

Apabila anda mendapat catatan pekerjaan yang anda anggap sesuai dengan anda, pastikan anda membaca keseluruhan keterangan kerja dan ikuti arahan. Pastikan anda layak dengan pekerjaan tersebut walaupun ianya memenuhi minat anda dan merasakan ianya terbaik dengan anda. Jika anda tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak majikan, kebarangkalian anda tidak mendapat pekerjaan tersebut adalah tinggi.

kerja yang sesuai dan terbaik3

Melalui perkongsian ini. anda boleh menilai secara terperinci mengenai pekerjaan yang sesuai dan terbaik buat anda. Tidak semestinya yang anda minat dan suka itu terbaik buat anda. Tetapi kaji dengan teliti apa yang diperlukan oleh sesebuah syarikat dan teliti juga apa yang anda ada untuk diberikan kepada syarikat tersebut.

Semoga anda berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...