Pergi ke klinik atau hospital untuk dapatkan rawatan. Akhirnya pulang dengan membawa pelbagai jenis ubat setelah mendapat rawatan. Sampai di rumah terus simpan ubat-ubat tersebut ke dalam peti sejuk.
Tetapi anda perlu ingat, tidak semua ubat sesuai disimpan dibahagian biasa peti ais kerana ada yang perlu disimpan pada:
- Suhu bilik
- Peti sejuk
- Tahap beku
Apa yang akan berlaku sekiranya ubat tidak disimpan dengan betul? Jawapannya, ubat tersebut mungkin tidak akan bertahan dengan lama dan terpkas dibuang. Jika disimpan dan dimakan juga, ia boleh mudaratkan kesihatan pula.
TIPS SIMPAN UBAT DALAM PETI SEJUK DARI KKM
Isi Kandungan
Untuk menyimpan ubat dengan betul pastikan:
- Membaca cara penyimpanan ubat yang terletak pada tepi kotak atau bungkusan asal ubat tersebut.
- Boleh didapati dalam sisipan produk yang bertulis PENYIMPANAN / STORAGE.
- Melalui pelekat yang diletakkan oleh ahli farmasi pada ubat anda.
- Bertanya terus kepada ahli farmasi sekiranya tiada maklumat berkaitan cara penyimpanan.
CARA SIMPAN UBAT DALAM PETI SEJUK RUMAH
- Simpan ubat di rak tengah peti sejuk serta jarakkan dari barang-barang lain dalam peti sejuk.
- Jauhkan ubat dari bahagian sejuk beku dan lubang udara untuk mengelak pembentukan kristal ais yang merosakkan ubat.
- Tidak menyimpan ubat di bahagian pintu peti sejuk kerana ubat akan terdedah kepada suhu yang tidak sekata setiap kali pintu peti sejuk dibuka.
- Pastikan ubat sukar dicapai oleh kanak-kanak.
JENIS UBAT YANG BOLEH DISIMPAN DALAM PETI SEJUK RUMAH
- Suntikan insulin (yang belum digunakan)
- Suntikan erythropoietin (contoh: Eprex® dan Recormon®)
- Sesetengah suntikan interferon (contoh: Pegasys®)
- Suntikan filgrastim (contoh: Neupogen®)
- Ubat titis mata (contoh: latanoprost (Xalatan®) dan chloramphenicol)
- Ubat titis telinga (contoh: chloramphenicol)
- Semburan hidung synthetic salmon calcitonin (contoh: Miacalcic®)
- Ubat titis mulut alfacalcidol (contoh: One-Alpha®)
- Kapsul ritonavir (contoh: Norvir®)
- Ubat minum seperti suspensi omeprazole dan sirap spironolactone
- Ubat titis mata seperti cyclosporin dan sodium chloride 3%
- Ubat titis telinga seperti sodium bicarbonate 5%
- Ubat sirap / suspensi antibiotik (yang dibancuh dari serbuk) seperti suspensi amoxycillin
UBAT SIMPANAN DINGIN BEKU
Ubat jenis ini perlu disimpan di bawah paras beku iaitu:
- -10 hingga -20°C
Tidak semua ubat bleh disimpan pada bahagian ini dan ubat yang boleh disimpan secara dingin beku ialah:
- Sesetengah jenis vaksin
- Ubat pesari
TUJUAN PENYIMPANAN UBAT DALAM PETI SEJUK
Tujuan sebenar ubat disimpan di dalam peti sejuk adalah untuk:
Mengekalkan Kebersanan Ubat
- Ubat simpanan sejuk akan hilang keberkesanannya apabila diletakkan di luar suhu yang disarankan selepas tempoh tertentu. Jangka masa ketahanan adalah bergantung kepada jenis ubat dan biasanya dinyatakan dalam sisipan produk.
Mengekalkan Kestrilan Ubat
- Steril bermaksud ubat bebas daripada mikroorganisma seperti bakteria. Sesetengah ubat, terutama ubat titis mata atau telinga yang dibancuh di fasiliti kesihatan secara aseptik (bebas kuman) dan tanpa pengawet perlu sentiasa disimpan dalam keadaan sejuk untuk melambatkan pembiakan bakteria.
Mengekalkan Bentuk Fizikal Ubat
- Sesetengah ubat dalam bentuk supositori perlu disimpan dalam peti sejuk supaya tidak mencair sebelum digunakan.
TIPS SIMPAN UBAT UNTUK PERJALANAN / PERCUTIAN
Anda boleh menyimpan ubat untuk perjalanan atau percutian anda dengan menyediakan bekas kalis haba dan pek ais. Simpan ubat anda di dalam bekas tersebut.
Seterusnya:
- Pastikan ubat tidak tersentuh secara langsung dengan pek ais untuk elakkan ubat membeku.
- Bawa bekas kalis haba bersama-sama di tempat duduk penumpang.
- Jika terpaksa berhenti dan keluar dari kenderaan, bawa bersama-sama bekas kalis haba tersebut.
- Simpan ubat dalam peti sejuk sebaik sahaja tiba ke destinasi.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.