Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Deskripsi & Senarai Tugas Pembantu Antidadah Gred S19 Untuk Rujukan Anda

3,478

Apa itu jawatan Pembantu Antidadah S19? Adakah jawatan ini tugasnya sama seperti seorang Polis, Pegawai Penjara dan sebagainya?

Ianya sering menjadi persoalan kerana ramai yang tidak tahu deskripsi tugas yang tepat bagi jawatan seorang Pembantu Antidadah Gred S19 yang ada di Malaysia ketika ini.

Dapatkan info ringkas mengenai jawatan Pembantu Antidadah Gred S19 yang disediakan kepada anda untuk dijadikan rujukan.

Baca juga: SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

INFO RINGKAS JAWATAN PEMBANTU ANTIDADAH GRED S19

Untuk jawatan Pembantu Antidadah Gred S19, ia berada dalam kumpulan seperti berikut:

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Agensi Antidadah Kebangsaan

Deskripsi & Senarai Tugas Pembantu Antidadah Gred S19 Untuk Rujukan Anda

KADAR GAJI

Kadar gaji yang ditawarkan pula adalah:

  • GAJI MINIMUM: RM1,352.00
  • GAJI MAKSIMUM: RM 4,003.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN: RM100.00

SYARAT LANTIKAN PEMBANTU ANTIDADAH GRED S19

Syarat yang diperlukan untuk lantikan Pembantu Antidadah Gred S19 ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Rujuk: Cara Mohon Jawatan Pembantu Antidadah S19, AADK Untuk Lepasan SPM & Setaraf

DESKRIPSI & SENARAI TUGAS PEMBANTU ANTIDADAH S19

Antara deskripsi dan senarai tugas Pembantu Antidadah S19 ialah:

UTAMA

  • Mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, program pencegahan, penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

DALAM INSTITUSI

  • Di dalam pusat seperti CCRC, CNC, SUSPEN dan lain-lain. Tugasannya adalah menjaga kebajikan dan pengurusan klien.

LUAR INSTITUSI

Terdapat 3 unit utama iaitu:

  • Pencegahan: Lebih menumpukan kepada kempen pencegahan penagihan dadah.
  • Penguatkuasaan & Keselamatan: Lebih kepada menguatkuasakan undang-undang, tangkapan, menjaga lokap, eskot dan lain-lain lagi.
  • Pemulihan: Membantu dalam proses pemulihan klien yang telah dijatuhi hukuman pengawasan melalui hukuman pengawasan melalui kaunseling, khidmat nasihat, program dan lain-lain.

Unit-unit yang ada ini sangat berkaitan satu sama lain dan perlu selalu bekerjasama dalam mencegah, membantu kepulihan klien pengawasan dan memastikan klien mengikut syarat-syarat pengawasan berdasarkan perintah mahkamah.

Deskripsi & Senarai Tugas Pembantu Antidadah Gred S19 Untuk Rujukan Anda

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...