Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tukar Pengalaman Kerja Kepada Sijil Akademik Melalui APEL.Q Bawah MQA

1,143

Kalau anda seorang pekerja yang mempunyai pengelaman bekerja dari 5 hingga 25 tahun, apa kata tukarkan pengalama kerja anda kepada Sijil Akademik?

Tak tahu caranya?

Anda boleh membuat permohonan menukar pengalaman kerja kepada Sijil Akademik hanya melalui APEL.Q sahaja.

INFO RINGKAS APEL.Q

Mungkin APEL.Q ini merupakan satu benda baharu kepada anda, bukan?

Untuk pengetahuan anda, APEL.Q atau Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu bagi Tujuan Penganugerahan Kelayakan adalah:

  • Proses penilaian pembelajaran (formal/tidak formal/bukan formal) seseorang individu berdasarkan pengalaman terkumpul (pengetahuan dan kemahiran) untuk mendapatkan kelayakan akademik bagi program yang dimohon.
  • Penekanan harus diberi kepada konsep utama APEL.Q iaitu penilaian ke atas kebolehan individu tersebut untuk menggunakan pembelajaran yang dicapai melalui pengalamannya dalam mencapai hasil pembelajaran atau badan pengetahuan sesuatu program.

KELEBIHAN APEL.Q

Antara kelebihan APEL.Q ialah:

  • Mengiktiraf pembelajaran yang diperoleh daripada pendidikan formal, pengalaman kerja dan kursus-kursus pendek yang diikuti.
  • Mengurangkan pembelajaran berulang kepada pelajar.
  • Menggalakkan kemasukan calon dewasa ke program pendidikan tinggi.
  • Mengurangkan kos dan masa untuk memperoleh kelayakan akademik.

SYARAT TAHAP MQF, SEKTOR AKADEMIK & TAHUN PENGALAMAN

Syarat-syarat tahap MQF, sektor akademik dan tahun pengalaman yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

Tukar Pengalaman Kerja Kepada Sijil Akademik Melalui APEL.Q Bawah MQA

Nota: Pelajar yang tidak memenuhi tahun pengalaman kerja minimum yang dinyatakan di atas tetapi dengan pengalaman pembelajaran yang bersesuaian, boleh dipertimbangkan berdasarkan case by case oleh badan akademik tertinggi HEP (misalnya Senat)
Tukar Pengalaman Kerja Kepada Sijil Akademik Melalui APEL.Q Bawah MQA

SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan ialah:

  1. Warganegara Malaysia atau bukan Warganegara
  2. Memenuhi keperluan minimum yang ditetapkan seperti diatas.

CARA MOHON

Jika anda memenuhi syarat dan ingin tukarkan pengalaman kerja anda melalui APEL.Q, kli pautan ini dan isikan maklumat pada borang yang dipaparkan:

Tukar Pengalaman Kerja Kepada Sijil Akademik Melalui APEL.Q Bawah MQA

  • Klik Next, penuhkan maklumat dan akhir sekali Submit borang permohonan anda.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan APEL.Q dengan menghubungi pegawai-pegawai berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...