Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Wang Kertas Anda Rosak Kena Banjir? Boleh Tukar Tau! Tengok Contoh Wang Kertas Rosak Akibat Banjir Disini

705

Rumah, kereta, peralatan elektrik dan palbagai jenis barang yang ada rosak akibat banjir besar tidak terkecuali wang kertas yang terendam dalam air!

Sayang sangat apabila wang kertas yang diperlukan untuk kegunaan selepas banjir rosak dan tidak boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain.

Tahu tak, anda boleh tukar wang kertas yang rosak akibat terkena banjir seperti yang dikongsikan ini.

3 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TUKAR WANG KERTAS RINGGIT ROSAK

Sebelum anda tukar wang kertas yang rosak, ada 3 perkara yang anda perlu tahu iaitu:

1. Nilai Pertukaran

  • Nilai pertukaran dan tempoh ganti nilai bergantung pada keadaan wang kertas yang rosak

2. Ganti Hari Sama

  • Bagi kes wang kertas ringgit yang rosak yang jelas, anda akan diberikan ganti nilai pada hari yang sama dan tidak perlu menunggu masa yang lama.

3. Ganti Tarikh Lain

  • Bagi kes yang tidak jelas, institusi kewangan akan merujuk BNM untuk penilaian lanjut. Anda akan diberikan ganti nilai pada tarikh lain.

Wang Kertas Anda Rosak Kena Banjir? Boleh Tukar Tau! Tengok Contoh Wang Kertas Rosak Akibat Banjir Disini

CONTOH WANG KERTAS ROSAK

Contoh wang yang rosak akibat banjir adalah seperti berikut:

  • Tompokan kotoran atau cecair sebahagian atau menyeluruh
  • Warna luntur
  • Tekstur lembik
  • Hilang ciri-ciri keselamatan
  • Berlubang

Wang Kertas Anda Rosak Kena Banjir? Boleh Tukar Tau! Tengok Contoh Wang Kertas Rosak Akibat Banjir Disini

CARA TUKAR WANG ROSAK AKIBAT BANJIR

Mudah sahaja kalau nak tukar wang yang rosak akibat banjir ini. Anda boleh tukar wang kertas yang rosak dengan:

  • Hadir ke mana-mana cawangan bank yang berdekatan dengan anda termasuk cawangan bank yang anda tidak memiliki akaun.

JENIS-JENIS WANG KERTAS ROSAK

Anda boleh semak jenis-jenis wang kertas yang rosak seperti berikut:

AMARAN SCAM

Banyak penipu menyamar sebagai ejen untuk melesapkan wang anda (contoh: Minta bayaran pendahuluan) dan memperdaya anda agar mendedahkan maklumat peribadi.

Hati-hati dan jangan mudah tertipu dengan scammer ya!

Wang Kertas Anda Rosak Kena Banjir? Boleh Tukar Tau! Tengok Contoh Wang Kertas Rosak Akibat Banjir Disini

Baca juga: Cara Nak Tukar Duit Kertas Rosak Di Bank. Jangan Buang Tau!

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...