Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Buat Tuntutan Faedah PERKESO Bagi Pekerja Positif Covid-19

2,305

Tahukah anda bahawa pekerja yang telah dijangkiti Covid-19 dan disahkan positif digalakkan untuk membuat tuntutan PERKESO?

Jika anda belum tahu, sila buat tuntutan dengan segera kerana pembayaran akan dilakukan dengan secepat mungkin kepada pemohon.

Dapatkan syarat kelayakan untuk tuntutan permohonan PERKESO Covid-19 seperti yang dikongsikan ini.

INFO RINGKAS SKIM BENCANA PEKERJAAN COVID-19 PERKESO

Apa itu tuntutan faedah PERKESO Covid-19?

  • Pekerja yang disahkan positif covid-19 di tempat kerja atau Person Under Investigation (PUI) disabitkan terbit daripada dan disebabkan oleh pekerjaan dan menjalani tempoh kuarantin boleh membuat permohonan tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) melalui majikan.

Baca juga: myfuturejobs.gov.my Login: Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya

KADAR BAYARAN FAEDAH TUNTUTAN COVID-19 PERKESO

Kadar bayaran yang akan diterima oleh pemohon adalah seperti kiraan berikut:

  • (80% Purata gaji ÷ 30 hari) x Jumlah hari dirawat / kuarantin

TEMPOH PROSES TUNTUTAN

Permohonan anda akan diproses secepat mungkin dengan tempoh maksimum selama:

  • 45 hari daripada hari kes diterima

SYARAT TUNTUTAN FAEDAH COVID-19 PERKESO

Syarat utama untuk tuntutan faedah Covid-19 PERKESO ialah:

  • Masih bekerja
  • Masih aktif sebagai pencarum SOCSO
  • Paling utama adlah dijangkit Covid-19 di tempat kerja

CARA BUAT TUNTUTAN COVID-19 PERKESO

Tuntutan perlu dibuat melalui majikan dan perlu dihantar ke Pejabat PERKESO yang berhampiran.

Yang penting, lengkapkan permohonan dengan menyertakan bersama dokumen berikut:

  • Borang Butiran Notis dan Tuntutan Faedah – Borang 34
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil Cuti Sakit Asal
  • Salinan rekod kedatangan / Kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu).
  • Laporan Pengesahan Positif Covid-19
  • Slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan
  • Salinan muka hadapan buku akaun bank/ penyata akaun simpanan
  • MC kalau tiada, surat kuarantin dari KKM pun boleh
  • Isi Ruang Penyakit Khidmat
Nota: Majikan perlu buat sedikit kronologi jangkitan di tempat kerja (Contoh : Siapa yang kena dahulu dan apa tindakan majikan apabila pekerja terkena jangkitan)

CONTOH BORANG PERMOHONAN

claim perkeso covid

Baca juga: RM163 Bantuan Caruman PERKESO Melalui Program SPS Prihatin Wanita

tuntutan perkeso covid

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarnag maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Tuntutan Faedah Covid-19 PERKESO, sila dapatkan di:

Atau kunjungi pejabat PERKESO yang terdekat dengan anda.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...