Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Petugas KKM, Buat Tuntutan Sekiranya Dijangkiti Covid-19. Ada Peruntukan Untuk Anda

997
Semua petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh menuntut dana khas melalui Dana MOH FWD MY Heroes yang berjumlah RM5 juta sekiranya dijangkiti virus koronavirus (Covid-19) ketika bertugas menangani penularan pandemik berkenaan.

Berdasarkan laporan KKM, terdapat lebih 406 petugas kesihatan di hospital kerajaan dijangkiti Covid-19 dan ia tidak termasuk ahli keluarga mereka.

Hanya 288 tuntutan diterima dengan nilai berjumlah RM732,000 sejak dana tersebut dilancarkan pada 1 April lalu.

Cuepacs dan FWD Takaful telah membuat pembayaran kepada:

  • Satu tuntutan melibatkan kes kematian akibat Covid-19 sebanyak RM50,000.
  • Sepuluh tuntutan kematian akibat lain-lain sebab (RM100,000).
  • 274 tuntutan kemasukan ke wad (RM552,000).

Cuepacs menjangkakan tuntutan bertambah berdasarkan jumlah kes yang berlaku di Sabah dan menggalakkan semua ketua jabatan di KKM menghebahkan inisiatif Dana MOH FWD MY Heroes kepada kakitangan mereka.

SENARAI PETUGAS BARISAN HADAPAN KKM

Berikut adalah senarai petugas barisan hadapan KKM yang dikenalpasti ialah :

  • Doktor
  • Jururawat
  • Paramedik
  • Juruteknik makmal
  • Pekerja ambulans
  • Pekerja pentadbiran hospital
  • Kakitangan KKM yang dikenal pasti bertugas secara rasmi bagi menangani penularan ovid-19.

Untuk pengetahuan anda juga, dana ini juga boleh dimanfaatkan kepada ahli keluarga petugas barisan hadapan yang mendapat jangkitan Covid-19 daripada mereka.

Petugas KKM, Buat Tuntutan Sekiranya Dijangkiti Covid-19. Ada Peruntukan Untuk Anda

2 KATEGORI TUNTUTAN PETUGAS KKM

Dana yang disediakan terbahagi kepada 2 jenis tuntutan iaitu :

  • Pembayaran ihsan
  • Elaun pelepasan

PEMBAYARAN IHSAN

Pembayaran ihsan dibayar sekiranya berlaku kematian petugas barisan hadapan sahaja dan jumlahnya adalah seperti berikut:

  • RM40,000 : Sekiranya kematian disebabkan oleh jangkitan Covid-19.
  • RM10,000 : Sekiranya kematian akibat lain-lain sebab.

ELAUN PELEPASAN

Untuk elaun pelepasan, tuntutan akan dibayar sekiranya petugas barisan hadapan dan ahli keluarga mereka dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan akibat jangkitan Covid-19.

Jumlah tuntutan adalah:

  • RM10,000 : Sekiranya dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi).
  • RM2,000 : Sekiranya dimasukkan ke wad biasa.

Kelayakan bagi pembayaran elaun pelepasan untuk wad biasa bergantung kepada:

  • Nasihat KKM yang mana dibuat berdasarkan pengesyoran oleh ketua jabatan petugas barisan hadapan berpandukan garis panduan oleh kementerian itu.
  • Ahli keluarga termasuk pasangan sah, anak-anak dan ibu bapa. Anak-anak mestilah berusia tidak kurang dari 25 tahun, belum berkahwin dan tidak bekerja.
Pembayaran dana itu hanya untuk petugas barisan hadapan yang dijangkiti virus Covid-19 sewaktu bertugas dan percuma bermula 1 April lalu sehingga 31 Disember ini atau sehingga dana khas terbabit habis diguna pakai.
Petugas KKM, Buat Tuntutan Sekiranya Dijangkiti Covid-19. Ada Peruntukan Untuk Anda

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda mempunyai pertanyaan dan ingin dapatkan info selanjutnya, sila rujuk laman web berikut:

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...