Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Update: Tarikh Pindaan Peperiksaan 2020 SPM, UPSR, PT3, PAV, STAM

1,853

Peperiksaan Awam

Berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara dan PKP yang masih lagi dilaksanakan sehingga kini, semua sekolah seluruh negara belum dibuka kerana dikhuatiri akan berlaku penularan dan ianya boleh menambahkan bilangan kluster baru dikalangan pelajar sekolah.

Sehubungan dengan itu, peperiksaan awam yang perlu dijalankan juga telah dijadualkan semula dan telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.baru-baru ini.

Peperiksaan awam yang terlibat ialah UPSR, SPM, PT3, PAV, STAM. Kesemua peperiksaan ini telah dipinda daripada tarikh asalnya.

Tarikh Terbaru Peperiksaan

Berikut adalah pindaan tarikh peperiksaan UPSR, SPM, PT3, PAV, STAM yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

1. Ujian Bertulis MUET Sesi 1/2020

Tarikh Asal: 28 Mac 2020
Pindaan tarikh: 5 September 2020

2. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Tarikh Asal: 1, 2, 3, 7 dan 8 September 2020
Pindaan Tarikh: Kekal

3. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) – Pentaksiran Pusat

Tarikh Asal: 28 September hingga 6 Oktober 2020
Pindaan Tarikh: 28 September hingga 29 September 2020
(Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)

4. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) – Bertulis

Tarikh Asal: 21, 22, 26 hingga 28 Oktober 2020
Pindaan Tarikh: Kekal

5. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Bertulis

Tarikh Asal: Fasa 1 (5 Oktober hingga 14 Oktober 2020)
Fasa 2 (2 November hingga 19 November 2020)
Pindaan Tarikh: 16 November hingga 7 Disember 2020

6. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) -Bahasa Melayu 1104 dan Sejarah 1251

Tarikh Asal: 2 November dan 3 November 2020
Pindaan Tarikh: 16 November dan 25 November 2020

7. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Semester 2

Tarikh Asal: 6,12,13 dan 14 Mei 2020
Pindaan Tarikh: 18,19, 23 dan 24 November 2020

8. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Ulangan 1

Tarikh Asal: 18,19, 23 dan 24 November 2020
Pindaan Tarikh: 25, 26, 30 November dan 1 Disember 2020

9. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Semester 3

Tarikh Asal: 3, 4, 5, 9 dan 10 November 2020
Pindaan Tarikh: Kekal

10. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Ulangan 2

Tarikh Asal: 25, 26, 30 November dan 1 Dis. 2020
Pindaan Tarikh: 15 hingga 18 Mac 2021

Pindaan Tarikh Peperiksaan Kendalian KPM

Anda juga boleh rujuk jadual pindaan tarikh peperiksaan yang dikendalikan oleh KPM seperti lampiran dibawah.

exAM1

Makumat Lanjut Mengenai Peperiksaan

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pindaan tarikh peperiksaan atau berkaitan dengan peperiksaan, anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Covid-19 KPM di talian :

Telefon : 03-8884 9383 / 8884 9325 / 8884 9401 / 8888 6749

Sumber :

  • Kementerian Pendidikan Malaysia
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...