Urusan JPJ Dah Boleh Buat Pada Hujung Minggu Mulai 13 Ogos 2021 Ini. Buat Temujanji Dulu Baru Hadir Ya!

Rakyat Malaysia yang tertangguh urusan berkaitan Jabatan Pengangkutan Jalan masing-masing pastinya menarik nafas lega dengan pengumuman yang telah dihebahkan oleh JPJ.

Ini kerana mulai 13 Ogos 2021 ini, segala urusan berkaitan JPJ sudah boleh dilakukan di kaunter JPJ sehingga hari minggu mengikut negeri masing-masing.

Teruskan baca artikel ini dan dapatkan maklumat yang berkaitan untuk makluman anda.

Baca juga: Nak Renew Lesen Di Pejabat Pos? Ini Cara Buat Temujanji Online Pejabat Pos Untuk Urusniaga JPJ

TARIKH MULA OPERASI KAUNTER JPJ HUJUNG MINGGU

Orang ramai sudah boleh membuat semua urusan JPJ pada hari minggu mulai:

  • 13 Ogos 2021

HARI OPERASI KAUNTER JPJ HUJUNG MINGGU

Kaunter JPJ yang dibuka pada hujung minggu adalah mengikut negeri seperti berikut:

  • Jumaat & Sabtu: Kedah/Terengganu/Kelantan/Johor
  • Sabu & Ahad: Selain daripada negeri diatas

WAKTU OPERASI KAUNTER JPJ

Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi waktu operasi kaunter JPJ pada hujung minggu yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari sahaja.

INFO BERKAITAN

Info berkaitan pengoperasian kaunter JPJ pada hujung minggu adalah:

  • Semua urusan adalah secara temujanji berjadual
  • Walk-in tidak dibenarkan
  • Mod bayaran adalah secara tanpa tunai/cashless bagi operasi kaunter hujung minggu

Kapasiti petugas kaunter pula adalah seperti berikut:

  • Kapasiti petugas kaunter adalah mengikut garis panduan pengoperasian pejabat kerajaan mengikut fasa dibawah pelan pemulihan negara.
  • Fasa 1: 50%, Fasa 2: 60%, Fasa 3: 80% & Fasa 4: 100%

May be an image of one or more people

TEMUJANJI ONLINE JPJ

Untuk membuat temujanji online JPJ, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:

  • Pilih pautan temujanji online mengikut negeri.
  • Isikan maklumat yang diperlukan dengan betul dengan lengkap.
  • Pilih tarikh dan masa temujanji yang sesuai.
  • Cetak slip temujanji untuk rujukan di kaunter.

Untuk info seterusnya sila rujuk: Cara Buat Temujanji JPJ & Perkhidmatan Kaunter APAD, PUSPAKOM, LPKP Juga Telah Dibuka

Permohonan Temujanji Online JPJ Setiap Negeri / Kaunter Cawangan

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.