Nampaknya pelaksanaan vaksin untuk kanak-kanak akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat ya!
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah mengumumkan ibu bapa boleh membuat tempahan janji temu pemberian vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera akan dibuka pada hujung bulan Januari 2022.
Ia akan dibuka secara berperingkat mulai hujung bulan Januari 2022 untuk mereka yang tinggal di Lembah Klang. Macam mana nak buat tempahan tu?
UMUR KANAK-KANAK AMBIL VAKSIN
Isi Kandungan
Kanak-kanak yang sesuai untuk ambil vaksin ini ialah:
- 5 hingga bawah 12 tahun
Tempahan janji temu vaksinasi akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Januari 2022 dan dibuka kepada ibu bapa yang tinggal di Lembah Klang dahulu.
10 FAKTA PROGRAM VAKSINASI KANAK-KANAK
10 fakta menarik mengenai Program Vaksinasi Kanak-Kanak adalah seperti berikut:
- KKM akan melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022 sebaik vaksin Pfizer (kanak-kanak) tiba di Malaysia mulai 31 Januari 2022.
- Pelancaran program pemberian vaksinasi kanak-kanak ini akan diadakan pada 3 Februari 2022 di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.
- Sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera akan bermula pada penghujung Januari 2022. Tempahan janji temu vaksinasi akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Januari 2022 dan dibuka kepada ibu bapa yang tinggal di Lembah Klang dahulu. Sebagai permulaan, ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak sebagai tanggunggan dalam aplikasi MySejahtera mereka.
- Program vaksinasi kanak-kanak ini memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa lapan minggu selepas dos pertama.
- Formulasi vaksin Covid-19 Comirnaty yang akan digunakan dalam program vaksinasi ini adalah formulasi khas untuk kanak-kanak dan dibekalkan di dalam bebuli 10-dos (penutup jingga) dan perlu dicampur dengan 1.3 mL larutan garam biasa.
- Setiap dos yang diberikan adalah 0.2 mL dan mengandungi 10mcg vaksin mRNA. Dos ini merupakan satu pertiga daripada dos yang digunakan di dalam dos dewasa.
- Keutamaan untuk pemberian vaksin pada permulaan program ini adalah kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan merangkumi penyakit respiratori kronik; kardiovaskular; Immunosuppression; kencing manis; penyakit ginjal kronik; dan penyakit saraf.
- Vaksin Comirnaty formulasi khas untuk kanak-kanak ini juga telah dilaksanakan di beberapa negara termasuklah Amerika Syarikat, Kanada, Israel, Australia dan Singapura.
- Kesan sampingan seperti sakit pada tempat suntikan, kemerahan dan bengkak. Tindak balas sistemik pula termasuklah keletihan, pening kepala, sakit otot, menggigil dan demam. Kebanyakan kesan sampingan vaksin ini adalah ringan dan sederhana, serta tidak berpanjangan.
- Suntikan vaksinasi kanak-kanak tidak diwajibkan sebaliknya untuk mendidik ibu bapa.
SYARAT KELAYAKAN VAKSINASI KANAK-KANAK
Syarat kelayakan untuk vaksinasi kanak-kanak adalah seperti berikut:
CARA MOHON/DAFTAR VAKSINASI KANAK-KANAK
Cara-cara untuk mohon dan daftar vaksinasi kanak-kanak akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Atau rujuk pautan ini untuk rujukan (mungkin mempunyai persamaan cara untuk mohon atau daftar vaksinasi kanak-kanak)
MAKLUMAT LANJUT
Bagi anda yang inginkan maklumat mengenai vaksinasi kanak-kanak dari semasa ke semasa, sila layari saluran berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.