Divaksin Atau Rela Dihumban Ke Dalam Penjara? Kalau Korang, Pilih Yang Mana?

Setiap pemimpin negara mempunyai pelbagai cara untuk memimpin rakyatnya dan begitulah yang berlaku di negara Filipina.

Berikutan rakyat Filipina yang terlalu ramai enggan mengambil suntikan vaksin, ia memaksa pemimpin mereka memberikan amaran untu menghumban mereka yang degil untuk divaksin.

Ini adalah kerana jumlah penduduk yang telah divaksin tidak mencapai sasaran yang ditetapkan kerana rakyatnya tidak mengedahkan arahan kerajaan yang telah ditetapkan.

FILIPINA TERJEJAS TERUK PANDEMIK COVID-19

Enggan divaksin atau berdepan dengan hukuman penjara?

Kalau anda, pilih yang mana?

Presiden Rodrigo Duterte memberi amaran tersebut ketika Filipina menjadi salah satu negara Asia yang terjejas teruk akibat pandemik itu dengan 1.3 juta kes positif dan lebih 23,000 kes kematian.
Ia juga berikutan laporan jumlah kehadiran rendah di beberapa pusat vaksinasi di Manila.
“Anda pilih, vaksin atau saya akan penjarakan anda.
Jika anda tidak setuju untuk divaksin, tinggalkan Filipina.”
Presiden Rodrigo Duterte
Malahan, beliau juga menyifatkan penularan Covid-19 di Filipina sebagai satu ‘krisis’ dan ‘darurat kebangsaan’.
Tak Nak Vaksin? Atau Anda Rela Dihumban Ke Dalam Penjara. Setuju Atau Tidak?

Namun ucapan Duterte bertentangan dengan pegawai kesihatannya yang menyatakan walaupun orang ramai digesa mendapat vaksin COVID-19, namun ia adalah secara sukarela.

Pihak berkuasa Filipina sudah melakukan vaksinasi penuh kepada 2.1 juta daripada keseluruhan 110 juta rakyat negara itu.

Namun pencapaian itu dilihat perlahan berbanding sasaran untuk mengimunisasi hingga 70 juta orang tahun ini.

Tegas betul Presiden Filipina kali ini ya! Kalaulah perkara seperti ini berlaku di Malaysia, korang bagaimana?

GOLONGAN ANTIVAKSIN DI MALAYSIA BOLEH DIDAKWA

Di Malaysia pula, golongan antivaksin telah menyebarkan berita palsu mengenai vaksin dan menyebabkan golongan-golongan tertentu terutamanya warga emas tidak mahu mengambil vaksin kerana khuatir pelbagai perkara tidak diingini akan berlaku dan antaranya adalah mati secara tiba-tiba.

Oleh itu, golongan antivaksin yang kerap menyebarkan berita palsu boleh:

  • Didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
  • Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
  • Boleh disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan sekiranya didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.

Orang Malaysia yang kerap menyebarkan berita palsu sila berhati-hati ya! Takut korang pula tiba-tiba masuk penjara.

Pastikan sahih baru kongsi ya! Tidak pasti, jangan kongsi!

Rujuk: Henti Sebar Berita Palsu. Denda Sehingga RM50,000 Atau Penjara Tidak Lebih 2 Tahun Atau Kedua-Duanya Sekali

Divaksin Atau Rela Dihumban Ke Dalam Penjara? Kalau Korang, Pilih Yang Mana?

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.