Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Vaksinasi Covid-19 Veteran ATM & Pasangan Secara Sukarela

1,336

Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membuka peluang kepada para Veteran ATM dan pasangan untuk membuat permohonan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Permohonan mendapatkan suntikan vaksin tersebut adalah melalui Program Vaksinasi Covid-19 Veteran ATM yang telah dibangunkan dan boleh dicapai melalui pautan yang akan dikongsikan sebentar nanti.

Dapatkan cara-cara untuk membuat permohonan Program Vaksinasi Covid-19 Veteran ATM melalui artikel ini.

Baca juga: Ini Cara Buat Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera

TEMPOH PERMOHONAN VAKSINASI COVID-19 UNTUK PASANGAN VETERAN ATM SECARA SUKARELA

Tempoh permohonan penyertaan bermula pada:

  • 2 April hingga 30 April 2021

UMUR PERMOHONAN VAKSINASI COVID-19 UNTUK PASANGAN VETERAN ATM SECARA SUKARELA

Program Vaksinasi Covid-19 Veteran ATM memberi peluang kepada para pasangan Veteran ATM yang berusia:

  • 61 tahun dan ke atas untuk mandapatkan suntikan Vaksin COVID-19 melalui Program Pemberian Vaksin COVID-19 Fasa 2 Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

TEMPAT PELAKSANAAN VAKSIN COVID-19

Pemberian vaksin tersebut akan dilaksanakan di:

  • Pusat-pusat pemberian vaksin (PPV) bertempat di fasiliti kesihatan ATM.

KAEDAH PENYERTAAN PROGRAM VAKSINASI COVID-19

Penyertaan di dalam program ini adalah:

  • Secara sukarela dan tanpa paksaan serta mengikut giliran yang ditentukan oleh pihak Kerajaan.

CARA MOHON VAKSINASI COVID-19 UNTUK PASANGAN VETERAN ATM SECARA SUKARELA

Untuk memohon Program Vaksinasi Covid-19 ini:

Permohonan Vaksinasi Covid-19 Veteran ATM & Pasangan Secara Sukarela

  • Masukkan maklumat pasangan dan klik NEXT.

  • Isikan maklumat kesihatan dan klik NEXT.

  • Lengkapkan maklumat berkaitan OKU pasangan dan klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.

Permohonan Vaksinasi Covid-19 Veteran ATM & Pasangan Secara Sukarela

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat selanjutnya mengenai Program Vaksinasi Covid-19 Veteran ATM sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...