[Usahawan FELDA] Tingkatkan Pendapatan Melalui Vendor SAWARI FELDA (PVS) Ikut Kategori Produk. Daftar Online Sahaja!
Usahawan warga FELDA boleh meningkatkan pendapatan masing-masing dengan menyertai Program Vendor SAWARI FELDA (PVS) anjuran Jabatan Pembangunan Usahawan (JPU) FELDA.
Jika anda benar-benar ingin meningkatkan pendapatan anda, buat pendaftaran secara online mengikut kategori produk yang ditetapkan.
Cepat buat pendaftaran sebelum terlambat dan dapatkan maklumat lengkap mengenai Program Vendor SAWARI FELDA (PVS).
INFO PROGRAM VENDOR SAWARI (PVS)
Isi Kandungan
Program Vendor SAWARI FELDA (PVS) merupakan suatu inisiatif JPU
untuk membantu memasarkan dan mempromosi produk usahawan
FELDA ke pasaran tempatan.
KELEBIHAN PROGRAM VENDOR SAWARI (PVS)
Kelebihan dan manfaat Program Vendor SAWARI FELDA (PVS) ialah:
- Meningkatkan jualan produk usahawan
- Produk dikenali di dalam pasaran yang lebih terbuka dan luas
- Produk usahawan berpeluang untuk menembusi rangkaian pasaran sedia ada seperti di Outlet SAWARI, hypermarket dan supermarket tempatan.
- Berpeluang menyertai aktiviti business matching, pameran dan promosi
- Perluasan pasaran
SYARAT PERMOHONAN
Usahawan FELDA yang berminat perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Warga Peneroka FELDA.
- Syarikat perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja.
- Produk makanan dan minuman/ kraf hasil keluaran usahawan sendiri.
- Perniagaan dijalankan di dalam rancangan FELDA.
- Produk mempunyai pembungkusan dan label yang sesuai, menarik dan mengikut standard permintaan pasaran. Label pembungkusan mempunyai maklumat lengkap seperti:
a. Nama syarikat dan alamat pengilang
b. Nama produk
c. Berat/kuantiti
d. Tarikh luput dan tarikh dikeluarkan
e. Bahan-bahan dan pelabelan nutrisi
f. Cara penggunaan dan cara penyimpanan
g. Barkod - Produk mempunyai pensijilan yang sesuai seperti Halal, Mesti dan HACCP/GMP/KKM.
- Mampu memenuhi kapasiti pengeluaran yang diminta dan mempunyai kekuatan logistik yang sesuai.
KATEGORI PRODUK
Antara kategori produk yang boleh diserahkan di tempat pengumpulan produk selewat-lewatnya 22 Oktober 2021 ialah:
- Makanan kering
- Makanan sejuk beku
- Makan siap proses
- Kek & pastri makanan segera
- Produk makanan kesihatan
- Produk kesihatan
- Kraftangan
- Fabrik
- Tektstil
- Kosmetik & Aksesori hasil produk sendiri
DOKUMEN TAMBAHAN
Usahawan FELDA perlu menghantar produk yang memenuhi syarat beserta item/dokumen tambahan seperti berikut:
- Sample Produk
- Company Profile yang lengkap termasuk sijil SSM
- Pelan pemasaran dan promosi
- Senarai produk yang dicadangkan beserta sebut harga lengkap dengan harga jual dan cadangan harga jualan
- Salinan sijil akreditasi dan pengiktirafan yang relevan
- Katalog produk/brosur/pamplet produk
- Salinan (softcopy) iklan produk
Sampel produk dan dokumen yang lengkap boleh dihantar ke:
Jabatan Pembangunan Usahawan,
Tingkat 30, Menara FELDA, Platinum Park,
No. 11, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur
BORANG PENDAFTARAN
Usahawan FELDA yang berminat boleh mengisi borang pendaftaran dipautan berikut:
- https://forms.gle/bnhtXUkbCTZNufLY6
- Lengkapkan borang pendaftaran anda dan klik SUBMIT untuk menghantar permohonan.
Baca juga: RM500 Diberikan Jika Hilang Pekerjaan Melalui Bantuan Hilang Pekerjaan PEMULIH
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai Program Vendor SAWARI FELDA (PVS) sila hubungi Pegawai berikut:
- Raba’i Amir Ab Rahim (Pemasaran)
No Tel : 03-2191 2415 / 2116
Emel: [email protected]
Jabatan Pembangunan Usahawan FELDA - Mohd Fadzirul Hezly Md Akir
No Tel : 03-2191 2246 / 2239
Emel: [email protected]
Jabatan Pembangunan Usahawan FELDA - Khairul Azhar Mortadza
No Tel : 03-2191 2546 / 2107
Emel : [email protected]
Jabatan Pembangunan Usahawan FELDA
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.