Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

VSP PDRM: Info Lanjut Volunteer Smartphone Patrol

0 1,869

VSP PDRM atau Volunteer Smartphone Patrol adalah satu inisiatif baru Polis Diraja Malaysia dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis dalam usaha mencegah jenayah.

Ianya merupakan program di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan PDRM telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai agensi pelaksana program ini manakala Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) pula dilantik sebagai ‘Initiative Owner’.

Jika dahulu masyarakat boleh melaporkan jenayah melalui talian hotline PDRM dan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) tetapi melalui VSP, masyarakat kini boleh menyalurkan aduan/maklumat yang dilengkapi dengan elemen multimedia seperti gambar, video dan koordinat GPS lokasi kejadian.

Cara-Cara Menggunakan VSP PDRM

Berikut adalah panduan menggunakan applikasi VSP PDRM.

vsp pdrm

cara daftar vsp

volunteer smartphone patrol

Baca juga: Semakan Online PDRM

Apakah faedah menggunakan VSP?

  • Dapat memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut keselamatan seperti mencegah dan membanteras jenayah.
  • Dapat mengeratkan hubungan mesra di antara polis dan masyarakat. Sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat kepada pihak polis.
  • Dapat menanamkan sifat bertanggungjawab untuk bersama mencegah jenayah di kalangan masyarakat.

Masyarakat diseru untuk bersama-sama memanfaatkan aplikasi VSP ini sepenuhnya bagi membantu pihak polis memerangi dan mencegah jenayah. Keamanan dan kesejahteraan negara adalah tanggungjawab bersama.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...