Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pengeluaran KWSP Akaun 1 Sebanyak RM10,000. Wajar Atau Tidak?

3,249

Baru-baru ini isu yang panas diperkatakan ialah mengenai kebenaran mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM10,000 daripada Akaun 1. Namun isu ini mendapat perhatian segenap rakyat dimana ramai yang bersetuju sekiranya dibenarkan untuk mengeluarkan duit daripada Akaun 1 KWSP masing-masing. Ini kerana ramai rakyat yang terkesan akibat kehilangan pekerjaan serta sumber pendapatan disebabkan pandemik Covid-19 yang memasuki fasa yang ketiga.

Terdapat pelbagai pandangan daripada beberapa pihak dimana ada menyarankan agar pengeluaran wang ini dibenarkan dengan bersyarat.

PENGELUARAN RM10,000 KWSP AKAUN 1 BERSYARAT

Seperti yang dicadangkan Pemangku Presiden Dewan Perdagangan & Industri ASEAN (DPIA), Datuk Sohaimi Shahadan dimana mengesyorkan agar pengeluaran wang ini dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh beberapa bulan menerusi bayaran secara one-off.

“Cadangan pengeluaran wang caruman KWSP sebanyak RM10,000 amat munasabah dan berguna bagi peniaga dan orang awam yang berdepan krisis kewangan akibat COVID-19.

“Kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan ini dengan hanya membenarkannya kepada mereka yang betul-betul terjejas seperti hilang pekerjaan, pendapatan dipotong dan pendapatan di bawah RM4,000.”

Pengeluaran KWSP Akaun 1 Sebanyak RM10,000. Wajar Atau Tidak?

PENGELUARAN RM10,000 AKAUN 1 KWSP BUKAN PENYELAMAT RAKYAT

Berbeza pula dengan Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias dibimbingi menimbulkan masalah kewangan kepada pencarum pada masa depan. Ini adalah kerana caruman KWSP adalah insurans masa hadapan pencarum dan jika pengeluaran simpanan dari akaun itu dibenarkan ia bakal membahayakan pencarum untuk mendapat perlindungan tersebut.

Maka, pengeluaran simpanan dalam Akaun 1 tidak seharusnya menjadi satu-satunya cara untuk pencarum mendapatkan tunai ketika melalui kesukaran pencarum.

PERBEZAAN PENDAPAT ANTARA PERDANA MENTERI DAN DATUK SERI NAJIB RAZAK

Tetapi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dilaporkan berkata, kerajaan sukar membenarkan pengeluaran wang Akaun 1 caruman KWSP bagi digunakan rakyat yang berdepan wabak COVID-19.

Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang Akaun 1 KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.

Manakala Datuk Seri Najib Razak dilaporkan mencadangkan kerajaan membenarkan pengeluaran caruman KWSP dari Akaun 1 secara ‘one-off’ sehingga RM10,000 untuk kegunaan rakyat yang terjejas akibat COVID-19.

Anda pula bagaimana?Adakah wajar atau tidak pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1 KWSP anda?

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...