Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Whatsapp Telah Update Fungsi Padam Sendiri Mesej Dalam Tempoh 7 Hari

1,386

WhatsApp terkini telah mengemaskini setting yang terbaru dengan memperkenalkan satu fungsi di mana mesej yang diterima atau dihantar akan terpadam dengan sendirinya.

Fungsi mesej yang akan terpadam sendiri ini boleh di dapati di telefon bimbit jenis :

  • Android
  • iPhone
  • KaiOS
  • Web
  • Desktop

Dah check telefon anda? Belum ada lagi? Bersabar ye kerana pihak WhatsApp sedang mengemaskini fungsi tersebut secara berperingkat.

CARA MENGAKTIFKAN FUNGSI ‘DISAPPEARING MESSAGES’

Untuk mengaktifkan fungsi ini apa yang anda perlu lakukan ialah :

  • Masuk ke aplikasi WhatsApp anda.
  • Pergi ke bahagian kenalan.
  • Klik pada PROFIL kenalan anda.
  • Klik titik tiga pada bahagian kanan.
  • Klik DISAPPEARING MESSAGES
  • Pilih ON untuk aktifkan fungsinya.
  • Untuk GROUP pula, hanya ADMIN sahaja yang boleh mengaktifkan fungsi ini.

Whatsapp Telah Update Untuk Padam Sendiri Mesej Dalam Tempoh 7 Hari

Nota : Mesej ini akan hilang selepas 7 hari di aktifkan fungsinya. Anda juga akan menerima peringatan dimana mesej yang terpadam sendiri masih boleh disimpan, jika penerima menghantar ke orang lain atau screenshot perbualan tersebut.
Untuk pengetahuan anda juga, mesej yang di forward tetapi tidak diaktifkan fungsinya tidak akan terpadam secara automatik selepas 7 hari termasuk gambar dan video. Cuma gambar dan video akan kekal tersimpan di dalam folder Media WhatsApp sekiranya Auto Download di aktifkan.

INFO SELANJUTNYA

Untuk info selanjutnya mengenai fungsi DISAPPEARING MESSAGES ini, anda boleh klik pada bahagian soalan lazim (FAQ) disini.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...