Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Zakat KWSP: Syarat Pengiraan Dan Kaedah Bayaran

3,838

Mungkin ramai yang belum tahu bahawa pencarum KWSP yang beragama Islam perlu membuat bayaran Zakat KWSP dan ianya diwajibkan setelah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan kerana konsepnya sama seperti wang simpanan.

Cuma terdapat sedikit perbezaan iaitu wang simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan dengan mudah seperti simpanan biasa dan ianya tidak memenuhi syarat SEMPURNA MILIK.

Apa itu syarat SEMPURNA MILIK? Syarat  Sempurna Milik akan dipenuhi sejurus:

  • Pencarum diberi kebenaran untuk mengeluarkannya sama ada sudah capai umur atau pengeluaran lain yang dibenarkan dibawah Skim Pengeluaran KWSP.
  • Tertakluk kepada jenis-jenis pengeluaran yang dibuat berpandungan Mesyuarat Persekutuan kali ke-120.

INFO RINGKAS ZAKAT KWSP

Zakat KWSP adalah satu zakat yang dikenakan kepada pencarum apabila simpanan KWSP DIKELUARKAN dan hendaklah MENCUKUPI NISAB semasa dikeluarkan.

Jika simpanan KWSP yang dikeluarkan itu simpan selama SETAHUN dan CUKUP HAUL, maka ia akan dikenakan sekali lagi sebagai zakat wang simpanan.

Namun, dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah memutuskan bahawa Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.

KADAR ZAKAT KWSP YANG DIWAJIBKAN

Kadar Zakat KWSP yang wajib dikeluarkan sama ada ketika bersara, membeli rumah atau sebarang pengeluaran yang dibenarkan adalah sebanyak:

  • 2.5% dari jumlah yang dikeluarkan

Namun terdapat 2 jenis pandangan bagi Zakat KWSP dan ianya adalah berdasarkan pengeluaran yang pencarum lakukan seperti:

1. Pengeluaran Sebahagian (Milikan Belum Sempurna Sebelum 55 Tahun)

  • 2.5% daripada pengeluaran KWSP wajib dizakatkan dan jumlah pengeluaran tidak mengira sama ada mencapai nisab atau tidak.
  • Jika jumlah pengeluaran dibawah nisab pula, disarankan untuk mencampurkan bersama pendapatan lain seperti wang gaji dan dizakatkan sebanyak 2.5% daripadanya jumlah pendapatan tersebut.

2. Milikan Penuh Semasa 55 Tahun (Pemilikan Sempurna)

  • 2.5% atas keseluruhan wang KWSP wajib dizakatkan. Cara kiraan adalah mengikut kaedah kiraan zakat wang simpanan. Jadi, tiada lagi tolakan wang caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP.

CONTOH KIRAAN ZAKAT KWSP

Puan Hani yang berumur 40 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP i-Sinar sebanyak RM10,000. Jumlah Zakat yang dikenakan ialah:

  • RM10,000 x 2.5% = RM250 sahaja

Zakat KWSP: Syarat Pengiraan Dan Kaedah Bayaran

ZAKAT KE ATAS PENGELUARAN i-LESTARI

Sebelum ini pihak KWSP membenarkan pencarum mengeluarkan wang sebanyak RM500 setiap bulan melalui Pengeluaran i-Lestari.

Tujuannya adalah untuk membantu meringankan beban kewangan ahli terutamanya mereka yang terjejas kerana Covid-19 dan PKP / PKPB / PKD seterusnya menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan serta terjejas pendapatan.

Menurut pandangan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS), hukum mengeluarkan zakat bagi ahli KWSP yang beragama Islam membuat pengeluaran adalah seperti berikut:

Hukum Zakat: Tidak Diwajibkan

  • Untuk kelangsungan hidup diri sendiri dan tanggungannya dalam menampung keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan (Hajah Asliyah).

Hukum Zakat: Diwajibkan

  • Untuk tujuan selain menampung keperluan asas diri sendiri dan tanggungannya (Bukan Hajah Asliyah)
  • Kadar 2.5% sekiranya mencapai nisab tanpa perlu menunggu haul.

CARA PEMBAYARAN ZAKAT KWSP SECARA ONLINE

Jika anda ingin membuat pembayaran Zakat KWSP secara online, sila buat pembayaran mengikut negeri masing-masing seperti berikut:

Sebarang maklumat lanjut serta pertanyaan yang lebih jelas mengenai Zakat KWSP, terus hubungi Pusat Zakat negeri masing-masing.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...