Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

3 Kaedah Pembayaran Kepada Penerima BPN 2.0

5,878

3 KAEDAH PEMBAYARAN KEPADA PENERIMA BPN 2.0

Dah buat permohonan baru untuk BPN 2.0? Bagi yang lainnya, sudah buat semakan ke belum untuk status BPN terkini? Syukur kerana nama naik untuk menerima BPN 2.0 kali ini.

Pastinya anda tertanya-tanya apakah kaedah pembayaran yang akan dilaksanakan oleh pihak LHDNM untuk membuat pembayaran kepada 10.6 juta penerima BPN 2.0 kali ini?

3 KAEDAH PEMBAYARAN BPN 2.0 YANG DILAKSANAKAN

Sepertimana kaedah pembayarah BSH, BSHR serta BPN yang lepas, pihak LHDNM akan membuat pembayaran dengan menggunakan kaedah yang sama iaitu :

  • Ada akaun bank dan berjaya kredit : Kredit ke akaun bank yang didaftarkan dalam pengkalan data BPN.
  • Ada akaun bank dan gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup : Tuntutan tunai di Cawangan BSN
  • Tiada akaun bank : Tuntutan tunai di Cawangan BSN
Nota : Bagi mereka yang ingin membuat kemaskini maklumat diri seperti akaun bank yang telah tidak aktif, adalah tidak dibenarkan kerana kaedah pembayaran BPN 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2.0 sebelum ini dan rujuk kaedah di atas.

JADUAL PEMBAYARAN BPN 2.0

Betul ke Menteri Kewangan maklumkan tarikh pembayaran BPN 2.0 bermula pada 26 Oktober ini?

Ya, seperti sedia maklum, Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa tarikh pembayaran BPN 2.0 akan bermula seawal 26 Oktober 2020 ini secara ansuran bagi penerima yang telah mempunyai data sebelum ini dan bagi permohonan baru dan rayuan pula akan dibayar secara sekaligus pada Januari 2021 sekiranya diluluskan.

3 Kaedah Pembayaran Kepada Penerima BPN 2.0

SEMAKAN PERMOHONAN & RAYUAN BPN 2.0

Jika anda ingin membuat semakan permohonan dan rayuan BPN 2.0, anda boleh laukannya melalui 3 cara seperti berikut :

  • Online
  • Emel
  • Ke kaunter cawangan LHDN yang terdekat

Untuk maklumat selanjutnya, sila klik disini.

SEMAKAN PERMOHONAN & RAYUAN BPN 2.0

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan BPN 2.0 ini, sila hubungi :

  • Hasil Care Line : 03 8911 1000 / 603 8911 1100 ( Luar Negara)
  • Hasil Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...