Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

4 Amalan Ketika Wanita Dalam Keadaan Haid Di Bulan Ramadhan

1,746

Bulan Ramadhan bakal menjengah tidak lama lagi. Terdapat pelbagai amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadhan dan bagi kaum wanita, banyak perkara yang boleh anda lakukan sekiranya berada dalam keadaan haid dan tidak boleh berpuasa ketika itu.

Walaupun anda tidak boleh berpuasa, anda masih lagi boleh melakukan amalan 4 amalan yang akan dikongsikan disini untuk anda amalkan sekiranya berada dalam keadaan haid.

Rugi bukan sekiranya tidak dapat berpuasa kerana tidak dapat solat tarawih secara berjemaah serta bertadarus beramai-ramai.

Baca juga: Tarikh Berpuasa Bulan Ramadhan Tahun 2021/1442 Hijrah

4 AMALAN KETIKA WANITA DALAM KEADAAN HAID DI BULAN RAMADHAN

Antara amalan yang yang digalakkan untuk kaum wanita amalkan sepanjang keadaan haid di bulan Ramadhan ialah:

BANYAKKAN BERSEDEKAH

Amalan bersedekah adalah amalan yang paling mudah dan dengan bersedekah anda boleh menolong mereka yang memerlukan bantuan.

Dalil pensyariatan sedekah dalam Islam yang boleh dilihat dalam Al-Quran:

Firman Allah SWT:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)

Kelebihan bersedakah adalah:

  • Menghapuskan dosa
  • Mendapat pahala
  • Rezeki bertambah
  • Mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • Memadamkan kepanasan alam kubur
  • Mendapat naungan pada hari akhirat
  • Panjang umur
  • Menjauhkan diri dari sifat kedekut
  • Memberi ketenangan kepada hati
  • Lindungi diri dari bahaya

BERZIKIR

Anda juga digalakkan untuk berzikir semasa berada dalam keadaan haid. Ini kerana tiada halangan untuk wanita yang berada dalam keadaan haid untuk berzikir kepada Allah dan ia adalah satu amalan yang sangat mulia kerana sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan.

Contoh zikir yang boleh anda amalkan ialah:

Diriwayatkan dari Samurah bin Jundub RA berkata: Rasulullah SAW bersabda, ‘Ucapan yang paling dicintai oleh Allah ada empat hal yaitu, subhanallah, wal hamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar. Keempat kalimat ini boleh dimulai sesuai yang ia kehendaki.” (HR. Imam Muslim).

15 kelebihan berzikir kepada Allah yang perlu anda tahu ialah:

  • Menjauhkan diri daripada syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
  • Menyebabkan seseorang cinta kepadanya.
  • Menjauhkan rasa kegelisahan dan kesedihan hati.
  • Menjadikan hati lapang, gembira dan berseri-seri.
  • Menguatkan tubuh dan hati.
  • Menjadikan cahaya dalam rumah dan hati.
  • Menarik rezeki.
  • Mendapat kehebatan dan kegagahan (berkarisma & berwibawa)
  • Zikir adalah sarana bagi kembali kepada Allah dan membuat seseorang itu berserah diri kepada-Nya.
  • Mendekatkan seseorang kepada Allah.
  • Zikir adalah pintu makrifat kepada Allah.
  • Dengan berzikir, kehebatan dan kebesaran Allah dapat masuk ke dalam hati.
  • Zikir membuatkan kita ingat pada Allah.
  • Zikir dapat menghidupkan hati.
  • Zikir adalah makanan bagi hati dan nurani.

4 Amalan Ketika Wanita Dalam Keadaan Haid Di Bulan Ramadhan

MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG BERBUKA

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.

Riwayat Al-Tirmizi (807)

Bahkan kata Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa: ‘’Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun’’. Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (Halaman. 18).

Ini kerana, setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan mendapat 10 ganjaran pahala seperti yang disebutkan dalam firman Allah S.W.T:

مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.

Surah Al-An’aam (160)

Justeru apabila seseorang itu memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa maka dia akan mendapat ganjaran puasa sebanyak 36 kali. Kemudian pahala tersebut digandakan kepada 10 kali bagi setiap satu maka keseluruhannya dia akan mendapat 360 ganjaran dan ia merupakan jumlah hari dalam setahun mengikut kalendar hijrah.

ISTIGHFAR

Selain daripada itu, anda boleh beristighfar sepanjang waktu haid dan anda boleh memohon ampun kepada Allah serta membersihkan dosa-dosa agar hati kita sentiasa bersih.

Dalam sebuah riwayat dikatakan bahwa Rasulullah S.A.W beristighfar sebanyak 100 kali dalam sehari. Sementara di hadis lainnya dikatakan bahawa Rasulullah S.A.W beristighfar sebanyak 70 kali dalam sehari walaupun Rasulullah S.A.W sudah mendapatkan jaminan masuk syurga dari Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan Baihaqi.

“Umatku telah dikurniai lima perkara, yang tidak (belum) pernah diberikan kepada umat sebelumnya. Pertama, jika datang malam pertama dari bulan Ramadhan, Allah memandang mereka dengan penuh rahmah (kasih). Dan barang siapa yang dipandang dengan penuh rahmah (kasih) tentu tidak akan disiksa (di akhirat kelak). Kedua, Allah menugaskan beristighfar bagi umatku. Ketiga, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Keempat, Allah berfirman kepada surga, Hiaslah dirimu! Dan firman selanjutnya, Sungguh beruntung hamba-hamba-Ku yang beriman, mereka adalah kekasihk-Ku. Kelima, Allah mengampuni mereka semua.”

Jadi, walaupun anda dalam keadaan haid dan tidak boleh berpuasa, anda boleh melakukan 4 amalan yang dikongsikan melalui artikel ini. Selamat beribadah ya semua!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...