Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

5 Tips Kekal Sihat Bersenam Di Bulan Puasa

1,571

Bersenam Di Bulan Puasa

Bersenam di bulan Ramadhan tidak semudah hari lain kerana anda tidak boleh minum air selepas bersenam.

Jadi bagaimana untuk kekal sihat dengan bersenam dibulan puasa?

senaman

Tips Dan Panduan Bersenam Di Bulan Puasa

Berikut 5 panduan untuk anda bersenam di bulan puasa.

1. Sejam Sebelum Berbuka Atau Selepas Berbuka

Sejam sebelum berbuka atau terus selepas berbuka dengan air (tidak berkalori) sahaja. Lakukan senaman intensiti rendah (heart rate tidak melebihi 65% kadar maksimum) seperti slow jog, brisk walk, casual sport dengan mengikut kemampuan anda.

Untuk pastikan anda dalam lingkungan 65% heart rate, pastikan anda berasa beban senaman tapi masih boleh bercakap dengan orang sebelah tanpa tercungap-cungap.

Disyorkan senaman ringan ini dilakukan indoors atau tempat yang agak redup, tidak berseorangan dan berdekatan rumah atau tempat umum. Berhenti sekiranya berasa pening atau loya pada bila-bila masa.

juadah

2. Tidak Digalakkan Senaman High Intensiti

Anda tidak digalakkan melakukan senaman high intensiti seperti HIIT, Tabata, competitive sports, high intensity cardio dalam keadaan puasa. Senaman intensiti tinggi tanpa air sememangnya bahaya dan boleh akibatkan pelbagai risiko kecederaan, pengsan, serangan jantung dan masalah yang tidak berbaloi.

tabata

3. Senaman HIIT atau Weight Training

Boleh dilakukan selepas berbuka puasa. Jangan makan banyak dan tunggu dalam 10-20 minit sebelum mulakan senaman. Contoh: Kurma 2x, air suam, atau 100 Plus dan whey protein iaitu sejenis protein mudah hadam. Jika anda berbuka dengan makanan yang agak berat, anda boleh lakukan HIIT atau weight training dalam 60-90min selepas berbuka.

whey

4. Kurangkan Senaman Atau Bercuti Senaman

Anda boleh kurangkan senaman atau berhenti terus bersenam sepanjang bulan ramadhan. Ini untuk rehatkan badan yang aktif sepanjang tahun dan membolehkan badan baiki segala wear-n-tear.

5. Jadikan Terawih Sebagai Satu Senaman

Sepanjang anda bertarawih, ia akan membakar kalori (mungkin sehingga 200-300kcal bergantung kepada tempoh dan suhu masjid / surau) tapi objektif utama solat terawih tu bukanlah sebagai aktiviti kecergasan. Disamping mendapat pahala ia tetap membantu kesihatan jasmani dan rohani tambahan lagi kalau anda berjalan kaki ke masjid.

Ramadan-Kareem

Jadi, sepanjang bulan puasa ini, marilah kita kekalkan kesihatan kita dan fokus pada matlamat untuk menjaga kesihatan dan melakukat ibadat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda dalam menjaga kesihatan sepanjang Ramadhan ini.

Sumber:

  • Kevin Zahari
  • ezdiet.com
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...