Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ini 6 Kategori Pelajar IPT Yang Dibenarkan Kembali Semula Ke Kampus Mulai 1 Mac. Semak Sekarang

1,822

Melalui kenyataan media yang telah dikongsikan di Facebook rasmi Kementerian Pengajian Tinggi, pelajar IPT dibenarkan untuk pulang semula ke kampus secara fizikal mulai 1 Mac 2021.

Namun, hanya 6 kategori pelajar sahaja yang dibenarkan untuk kembali semula ke kampus untuk pembelajaran secara bersemuka pada kali ini.

Baca juga: e-Dompet RM100 Untuk e-Belia Umur 18 Hingga 20 Tahun. Mahasiswa Juga Terima Manfaatnya

Apakah 6 kategori pelajar IPT yang dibenarkan untuk pulang semula ke kampus pada 1 Mac 2021 nanti? Semak disini.

TARIKH KEMBALI SEMULA KE KAMPUS

  • Bermula 1 Mac 2021

6 KATEGORI PELAJAR IPT YANG DIBENARKAN KEMBALI SEMULA KE KAMPUS

6 kategori pelajar IPT tersebut ialah:

  1. Pelajar dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio , bengkel dan peralatan khas.
  2. Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.
  3. Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid.
  4. Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom.
  5. Pelajar Berkeperluan Khas (OKU).
  6. Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia Universiti English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.

Ini 6 Kategori Pelajar IPT Yang Dibenarkan Kembali Semula Ke Kampus Mulai 1 Mac. Semak Sekarang

Pelaksanaan PdP ini yang akan dijalankan secara hibrid di dalam kampus boleh dijalankan dengan mematuhi SOP dan mengutamakan keselamatan serta kebajikan pelajar. Pelajar yang tidak termasuk dalam kategori pelajar berkeperluan pula akan meneruskan PdP secara dalam talian.

PERGERAKAN PULANG PELAJAR BERKEPERLUAN

DARI SEMENANJUNG KE SABAH SARAWAK
  • Diwajibkan untuk menjalani Ujian Ujian Swab Test yang akan dibiayai oleh KKM.
DARI SABAH SARAWAK KE SEMENANJUNG
  • Untuk pelajari dari negeri Sabah dan Sarawak pula akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan oleh IPT masing-masing bagi memastikan bebas daripada sebarang gejala Covid-19.
TIBA DI SARAWAK
  • Diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke kampus.
  • Kos makan minum dan kuarantin mulai 1 Mac 2021 akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

KENYATAAN MEDIA Ini 6 Kategori Pelajar IPT Yang Dibenarkan Kembali Semula Ke Kampus Mulai 1 Mac. Semak Sekarang

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai urusan kemasukan 6 kategori pelajar IPT melalui Bilik Gerakan Covid-19 KPT di talian berikut:

  • 0388706777
  • 038870 6949
  • 038870 6623
  • 038870 6628

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...