Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

ASB: Tarikh Umum Serta Jumlah Kadar Dividen Dan Bonus Tahun 2020

3,249

Tahun 2020 bakal menemui penghujungnya dan bagi pelabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) pastinya menanti-nantikan pengumuman kadar jumlah pengagihan pandapatan atau dividen dan bonus yang akan diterima nanti.

Kebiasaannya pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan membuat pengumuman kadar dividen dan bonus pada penghujung tahun atau pada hujung bulan Disember 2020 nanti.

Ini kerana pada tahun lepas, PNB telah mengumumkan kadar dividen dan bonus kepada pemegang unit ASB pada penghujung bulan Disember 2019.

Secara tidak langsung, dividen dan bonus yang diterima  bakal digunakan oleh setiap penerima untuk perbelanjaan dan menampung kos kehidupan yang agak terjejas akibat wabk Covid-19 yang sedang dilalui oleh semua lapisan masyarakat.

TARIKH PENGUMUMAN KADAR DIVIDEN & BONUS ASB 2020

Seperti yang dinyatakan di atas, tarikh pengumuman kadar dividen dan bonus ASB 2020 akan diumumkan oleh PNB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 adalah pada:

  • 23 Disember 2020

KADAR BONUS DAN DIVIDEN ASB 2020

Kadar jumlah pengagihan bonus dan dividen ASB akan dikira berdasarkan sen / seunit dan jumlah tersebut pada tahun 2020 ialah:

TAHUN DIVIDEN BONUS / EHSAN
2020 4.25 0.75
(Untuk 30,000 unit pertama) sempena sambutan ulang tahun ke 30 ASB

JADUAL REKOD KADAR PULANGAN DIVIDEN & BONUS ASB TAHUN 1990-2019 (SEN / SEUNIT)

Rujuk jadual kadar pengagihan kadar pulangan dividen dan bonus ASB bagi tahun 1990 sehingga tahun 2019 seperti berikut:

ASB: Tarikh Umum Serta Jumlah Kadar Dividen Dan Bonus Tahun 2020

KAEDAH PEMBAYARAN & SEMAKAN PENDAPATAN BONUS & DIVIDEN ASB 2020

Pembayaran pengagihan pendapatan dividen dan bonus ASB akan dikreditkan terus ke akaun pemegang unit dan jika anda ingin membuat semakan, anda boleh terus membuat semakan secara online di:

Manakala untuk membuat pengeluaran wang pula, anda boleh hadir ke kaunter ASB yang berdekatan atau ejen ASNB diseluruh negeri mengikut tarikh yang akan diumumkan nanti.

PENANGGUHAN URUS NIAGA ASB 2020

Bagi tahun 2020, tempoh penangguhan urus niaga ASB adalah pada:

  • 22 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021

Untuk info penuh mengenai penangguhan urusniaga ASB, rujuk sahaja artikel berkaitan disini.

Manakala tempoh penangguhan urus niaga bagi tahun 2019 pula bermula dari tarikh 18 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020.

ASB: Tarikh Umum Serta Jumlah Kadar Dividen Dan Bonus Tahun 2020

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di:

Telefon: 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam)

Emel: [email protected]

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...