Cara Mohon Biasiswa Sime Darby Tajaan Yayasan Sime Darby. Semak Syarat Kelayakan Disini

147

Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berminat dan layak mengikut syarat yang ditetapkan, digalakkan untuk memohon Biasiswa Sime Darby yang ditawarkan oleh Yayasan Sime Darby.

Tawaran Biasiswa Sime Darby ini merupakan satu tajaan pendidikan yang berbentuk biasiswa kepada pelajar yang layak dan cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum serta memiliki daya kepimpinan yang tinggi.

Selain dari itu, anda juga boleh mendapatkan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) yang bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran di univerisiti.

TARIKH PERMOHONAN BIASISWA SIME DARBY

Permohonan Biasiswa Sime Darby boleh dipohon mulai:

  • 16 Mac 2021 hingga 26 April 2021

SYARAT PERMOHONAN BIASISWA SIME DARBY

Syarat permohonan Biasiswa Sime Darby yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 25 tahun ke bawah.
  3. Jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan tidak melebihi RM11,000.
  4. STPM/Pra-Universiti/Pengajian Asasi/Matrikulasi/Diploma (minimum CGPA sekurangnya 3.30) atau 3A untuk program A-Level.
  5. Calon perlu aktif dalam kegiatan kokurikulum, sukan dan khidmat komuniti.
  6. Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi di sama ada peringkat sekolah atau dalam komuniti.
Nota: Pelajar tahun pertama (semester 1 &2) yang sedang melanjutkan pengajian di universiti digalakkan untuk memohon.

BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN BIASISWA SIME DARBY

Antara bidang pengajian yang ditawarkan untuk memohon Biasiswa Sime Darby adalah seperti berikut:

1. Jurusan Perniagaan

  • Ekonomi
  • Pengurusan Peniagaan & Kewangan
  • Pemasaran Digital
  • Psikologi
  • Sumber Manusia
  • Perniagaan Antarabangsa

2. Jurusan Sains dan Kejuruteraan

  • Jurutera Mekanikal/Sivil/Elektrikal/Mekatronik/Kimia/Teknologi
  • Makanan/Kejuruteraan Kimia
  • Sains Pertanian
  • Juru Ukur Bahan
  • Arkitek Landskap
  • Teknologi & Pengurusan Tanaman
  • Arkitek
  • Perancangan Bandar
  • Teknologi maklumat (Drones & Big Data)
  • Genetik & Pembiakan Tumbuhan / Nutrisi Tumbuhan
  • Biologi/Mikrobiologi

SENARAI UNIVERSITI

Anda juga boleh membuat semakan senarai universiti yang layak untuk membuat permohonan Biasiswa Sime Darby seperti berikut:

 

Malaysia

  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
  • Taylor’s University Malaysia
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Monash University Malaysia
  • Multimedia University (MMU)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

United Kingdom

  • Imperial College London
  • King’s College London
  • London School of Economics
  • Oxford University
  • University of Bristol
  • University of Cambridge
  • University of College London
  • University of Edinburgh
  • University of Manchester
  • University of Warwick

Amerika Syarikat

  • Carnegie Mellon University
  • Columbia University
  • Cornell University
  • Harvard University
  • Massachusetts Institute of Technology (MIT)
  • New York University (NYU)
  • Princeton University
  • Stanford University
  • University of California, Berkeley
  • University of Chicago
  • University of Pennsylvania
  • Yale University

JUMLAH BIASISWA YANG DITERIMA

Jumlah biasiswa yang akan diterima adalah seperti berikut:

Program Tempatan

  • Biasiswa penuh yang merangkumi yuran pengajian, wang sara hidup, elaun buku, dan elaun komputer.

United Kingdom / Amerika Syarikat

  • Biasiswa penuh termasuk yuran pengajian, dewan dan penginapan, elaun komputer, elaun penghantaran, dan tiket penerbangan untuk awal dan akhir pengajian.
Penerima biasiswa akan berpeluang menjalani Program Pembangunan Biasiswa dan pendedahan pekerjaan melalui latihan industri di Syarikat Sime Darby iaitu Sime Darby Plantation Berhad, Sime Darby Property Berhad, dan Sime Darby Berhad.
Penerima biasiswa juga perlu bekerja di Syarikat Sime Darby setelah tamat pengajian selama 3 tahun untuk universiti tempatan dan 6 tahun bagi universiti United Kingom dan Amerika Syarikat.

CARA MOHON BIASISWA SIME DARBY

Untuk memohon Biasiswa Sime Darby:

Cara Mohon Biasiswa Sime Darby Tajaan Yayasan Sime Darby. Semak Syarat Kelayakan Disini

  • Isikan borang permohonan dengan lengkap.
  • Klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.

Baca juga: Cara Mohon Biasiswa Sarawak Energy Untuk Anak Sarawak Tahun 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Sime Darby di:

  • Yayasan Sime Darby
    Business and Registered Address:
    Block C, Level 2, Plantation Tower,
    No.2, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara,
    47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
  • Telefon: +6 03 7623 7111
  • Faks: +6 03 7623 7123

Atau telefon dan emel ke:

  • Education Scholarship-Related Enquirie
  • Telefon: +60 3 7623 7103 / 7106
  • Emel: [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...