Cara Mohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK Untuk Pelajar IPTA

93

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2020) yang berasal dari negeri Kelantan dan ingin menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dipelawa untuk memohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK sebelum 28 April 2021.

Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK berada dibawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan biasiswa ini diperkenalkan untuk membantu anak-anak Negeri Kelantan lepasan SPM untuk menyambung pengajian masing-masing.

Selain daripada itu, para pelajar boleh memohon Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong JPA yang telah dibuka permohonannya dan bakal berakhir pada 9 April 2021.

Rujuk: Semak Cara Mohon Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2021 JPA Disini. Mohon Sebelum 9 April 2021.

TARIKH MOHON & TARIKH TUTUP PERMOHONAN BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK

Tarikh permohonan untuk Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK telah dibuka sekarang dan akan ditutup permohonannya pada:

  • 28 April 2021

SYARAT UMUM PERMOHONAN BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK

Syarat umum permohonan Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK ialah:

  • Terbuka kepada semua lepasan SPM.
  • Warganegara Malaysia yang lahir dan bermaustatin tetap di Kelantan.
  • Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  • Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan dariapda badan penaja lain.
  • Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian sari mana-mana institusi tempatan (IPTA sahaja).

SYARAT KHUSUS AKADEMIK CALON

Syarat khusus yang akademik untuk calon yang ditetapkan adalah:

SIJIL KEMAHIRAN

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) perlu sekurang-kurangnya telah atau sedang menduduki tahap 2; atau
  • Sijil Kemahiran lain sekurang-kurangnya lulus SPM.

DIPLOMA

  • PNGK Diploma adalah 3.5 pada semester 1; atau
  • Berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada Gerd C dan ke atas).

IJAZAH SARJANA MUDA

  • Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas di peringkat Diploma; atau
  • Mempunyai STAM yang setara dengan STPM; atau
  • Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas di peringkat Matrikulasi/Asasi Sains/Asasi Universiti.

BIDANG PENGAJIAN YANG LAYAK MEMOHON BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK

Bidang pengajian yang layak memohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK ialah:

  • Mana-mana bidang pengajian yang bermanfaat dan tempat pengajian adalah berdasarkan surat tawaran pelajar.

CARA MOHON BIASISWA ZAMALAH PENDIDIKAN MAIK

Untuk memohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK, anda hanya perlu:

  • Memuat turun borang Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK berikut:

 BORANG PERMOHONAN

  • Isikan dengan lengkap maklumat yang diperlukan.
  • Seterusnya hantar borang permohonan yang lengkap beserta dokumen sokongan di alamat berikut:

    Urusetia, Program Pengajian Asnaf Lepasan SPM,
    Unit Tajaan Pendidikan, Tingkat 3
    Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
    Kompleks Islam Lundang,
    Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bahru,
    Kelantan Darul Naim.

DOKUMEN SOKONGAN

Lengkapkan permohonan anda dengan sertakan bersama dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut:

  • Surat Beranak & Kad Pengenalan Pemohon/Pasport (Sekiranya berkaitan).
  • Kad Pengenalan IbuBapa/Penjaga.
  • Surat Beranak/Mykid/Kad Pengenalan Tanggungan IbuBapa/Penjaga.
  • Slip gaji/Pencen/ Surat pengesahan pendapatan ibubapa/penjaga.
  • Sijil/Slip keputusan peperiksaan SMU, SPM, STU/STAM, STPM/ Keputusan peperiksaan terakhir (sedang menuntut di Institusi Pengajian).
  • Surat Tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian (Diploma/Ijazah Dalam & Luar Negara)/Surat Pengesahan Pengajian Terkini Sijil berhenti sekolah (A-Level sahaja).
  • Sijil-sijil kegiatan luar/ko-kurikulum.
  • Sijil-sijil yang berkaitan.
  • Penyata akaun bank.

Cara Mohon Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK Untuk Pelajar IPTA

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK di:

  • Unit Pendidikan: 09-748 1512
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...