Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bantuan Sehingga RM 1,000 Program Dana Bantuan Kasih Niaga. Semak Kelayakan & Mohon Disini

1,764

Kerajaan Negeri Melaka mengalu-alukan usahawan mikro di negeri tersebut untuk memohon pembiayaan perniagaan melalui Program Dana Bantuan Kasih Niaga yang ditawarkan kepada mereka.

Dana Bantuan Kasih Niaga merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Melaka bagi membangunkan dan menyokong ekonomi rakyat tepatan supaya lebuh berdaya maju.

Baca juga: Geran Bantuan Khas RM3,000 Agensi Pelancongan & RM600 Pengusaha Homestay Secara One -Off

INFO RINGKAS PROGRAM DANA BANTUAN KASIH NIAGA

Program Dana Bantuan Kasih Niaga adalah sebagai galakan berniaga dan menyemarakkan budaya keusahawanan dala kalangan rakyat Negeri Melaka yang berjumlah satu juta ringgit.

Ia juga memberi mabfaat kepada 1,000 orang usahawan atau lebih dengan jumlah maksimum RM1,000.

TARIKH PERMOHONAN PROGRAM DANA BANTUAN KASIH NIAGA

Permohonan Dana Bantuan Kasih Niaga boleh dilakukan bermula:

  • 22 Mac 2021 hingga 22 April 2021

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PROGRAM DANA BANTUAN KASIH NIAGA

Syarat-syarat kelayakan untuk permohonan adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Perniagaan pemohon hendaklah didaftarkan atas nama pemohon dan perlu berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) atau Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) atau Sijil Amalan Professional daripada Badan-Badan Pengiktiraf dan masih sah tempoh.
  • Mempunyai lesen Pihak Berkuasa Tempatan (bagi penjaja atau peniaga kecil.)
  • Perniagaan beroperasi dan beralamat di Negeri Melaka.
  • Perniagaan adalah Mikro (Jualan tahunan kurang ATAU bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang).
  • Perniagaan yang dijalankan sepenuh masa sahaja.

JENIS KELAYAKAN PERNIAGAAN

Semua jenis perniagaan adalah layak untuk membuat permohonan kecuali:

  • Perkhidmatan insurans/perkhidmatan pengangkutan/sewaan kenderaan/homestay
  • Instituso kewangan/pinjaman wang
  • Multi-level Marketing (MLM)
  • Ejen jualan/wakil penjual/dropship
  • Perniagaan nombor ramalan/minuman keras/rokok/rokok elektrik

MAKLUMAT ASAS PEMBIAYAAN

Jenis pembiayaan yang boleh dipohon adalah:

  • Pembelian mesin dan peralatan perniagaan
  • Khidmat rundingan pembangunan produk
  • Promosi dan pemasaran
  • Pembelian bahan mentah
  • Modal kerja

DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon Dana Bantuan Kasih Niaga ialah:

  1. Salinan kad pengenalan*
  2. Gambar berukuran pasport
  3. Lesen perniagaan atau Pendaftaran SSM*
  4. Salinan penyata kewangan/ Akaun Bank/ Penyata Pendapatan**
  5. Gambar perniagaan
  6. Salinan perjanjian sewa
  7. Bil utiliti/Resit pembayaran

Nota:

* Setiap helaian mestilah telah disahkan oleh pegawai yang layak (Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/Wakil Rakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kempung/ Pengerusi JKK).
** Mesti mendapat pengesahan daripada pegawai bank.

Bantuan Sehingga RM 1,000 Program Dana Bantuan Kasih Niaga. Semak Kelayakan & Mohon Disini

BORANG PERMOHONAN PROGRAM DANA BANTUAN KASIH NIAGA

Download borang permohonan dan isikan maklumat yang diperlukan dengan betul dan jelas.

DOWNLOAD BORANG 

Seterusnya hantar borang yang lengkap beserta dokumen yang lengkap ke Pejabat Daerah yang berdekatan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut dan ajukan pertanyaan mengenai Program Dana Bantuan Kasih Niaga di:

  • Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah: 06-333 3333
  • Pejabat Daerah dan Tanah Jasin: 06-529 8101
  • Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah: 06-559 1229
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...