Sejumlah dua juta belia dan pelajar sepenuh masa layak memperoleh nilai kredit e-tunai sebanyak RM150 bermula 1 Jun ini.
Kementerian Kewangan memberitahu, inisiatif berkenaan di bawah Program eBelia (eBelia) memperuntukkan nilai RM300 juta bertujuan meringankan beban kewangan golongan itu.
Tapi macam mana pula nak aktifkan dan dapatkan RM150 e-Belia yang diberikan oleh kerajaan? Kita dapatkan cara untuk aktifkan eBelia ShopeePay dahulu seperti yang dikongsikan ini.
4 PENYEDIA PERKHIDMATAN E-TUNAI E-BELIA
Isi Kandungan
eBelia akan ditawarkan melalui empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu:
- BigPay
- Boost
- ShopeePay
- Touch ‘n Go eWallet
CARA AKTIFKAN E-WALLET SHOPEEPAY
Sekiranya anda sudah mempunyai akaun ShopeePay, apa yang anda perlu lakukan adalah:
- Buka aplikasi Shopee anda.
- Klik ikon SHOPEEPAY di homepage Shopee.
- Jika ikon ini tidak kelihatan, sila kemaskini aplikasi ini di Google PlayStore/ ioS Store.
- Masukkan butiran peribadi seperti nama anda dan nombor kad pengenalan.
- Seterusnya, cipta nombor PIN anda sendiri untuk pengesahan.
- Anda boleh membuat pembayaran menggunakan ShopeePay sebaik sahaja ia diaktifkan dan ditambah nilai.
CARA MEMBUAT PENEBUSAN E-BELIA RM500 SHOPEEPAY
Untuk pengetahuan anda, penebusan kredit RM150 hanya boleh dituntut atau dibuat penebuasan mulai:
- 1 Jun 2021
Cara untuk membuat penebusan RM150 e-Belia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai penebusan RM150 e-Belia di:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.