Seperti yang dimaklumkan oleh pihak kerajaan, para belia dan pelajar IPT boleh membuat penebusan kredit RM150 eBelia mulai 1 Jun 2021 ini.
Untuk pengetahuan anda juga, jumlah kredit yang diberikan pada kali ini telah dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 kepada semua belia yang layak.
Ia adalah bertujuan untuk menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai dikalangan belia serta pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
TARIKH PENEBUSAN KREDIT RM150 EBELIA
Isi Kandungan
Tarikh untuk membuat penebusan kredit RM150 e-Belia e-Wallet akan bermula pada:
- 1 Jun 2021
Kredit ini boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021.
Anda juga digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun 2021.
Baca juga: Jom Tebus Kredit Percuma RM150 e-Belia ShopeePay. Ini Cara Daftar & Aktifkannya
CARA DAFTAR BOOST e-WALLET
Untuk mendaftar Boost e-Wallet, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:
- Klik REGISTER dan masukkan nombor telefon anda. Kod TAC akan dihantar melalui SMS.
- Masukkan nama dan emel anda.
- Cipta kata laluan untuk log masuk semula.
- Anda juga diminta untuk menyediakan PIN Transaksi untuk sebarang transaksi yang akan dilakukan nanti.
CARA TEBUS RM150 e-BELIA
Untuk membuat penebusan RM150 e-Belia, anda perlu:
- Naik taraf (upgrade) Boost and kepada Boost Premium
- Sahkan akaun Boost anda dengan klik VERIFY.
- Seterusnya dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama anda.
- Klik GET READY TO CLAIM EBELIA dan ikut arahan langkah demi langkah.
Nota:
- Penebusan kredit RM150 bermula 1 Jun 2021.
- Semua pengguna perlu sahkan dan naik taraf ke akaun Premium sebelum 1 Jun 2021 untuk mendapatkan RM150 e-Belia.
Untuk proeses seterusnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penebusan kredit RM150 e-Belia BOOST sila dapatkan di:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.