Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Percuma Dari 1 Hingga 14 Januari 2021, Jom Naik Feri Baru Pulau Pinang

2,643

Jom jalan-jalan ke Pulau Pinang dan naik feri secara percuma mulai 1 Januari 2021 hingga 14 Januari 2021 ini. Tawaran tambang percuma oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB) selama 2 minggu ini adalah buat penumpang pejalan kaki yang menggunakan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang baru.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan marilah kita nikmati peluang yang diberikan oleh PPSB kepada kita dan secara tidak langsung tingkatkan semula ekonomi pelancongan dalam Malaysia walaupun negara dilanda pandemik Covid-19.

Juga baca: 5 Promosi Cuti-Cuti Dalam Malaysia

TARIKH NAIK FERI PULAU PINANG PERCUMA

Tarikh naik feri Pulau Pinang baru secara percuma bagi pejalan kaki adalah:

  • 1 Januari 2021 hingga 14 Januari 2021

WAJAH BAHARU FERI PULAU PINANG

Berikut adalah wajah baharu feri Pulau Pinang yang akan beroperasi pada 1 Januari 2021 nanti.

FERI BAHARU PULAU PINANG

Percuma Dari 1 Hingga 14 Januari 2021, Jom Naik Feri Baru Pulau Pinang

BAHAGIAN BAWAH FERI

Percuma Dari 1 Hingga 14 Januari 2021, Jom Naik Feri Baru Pulau Pinang

BAHAGIAN ATAS FERI

Percuma Dari 1 Hingga 14 Januari 2021, Jom Naik Feri Baru Pulau Pinang

BAHAGIAN PENUMPANG

Percuma Dari 1 Hingga 14 Januari 2021, Jom Naik Feri Baru Pulau Pinang

OPERASI FERI BAHARU PULAU PINANG

  • Mulai 1 Januari 2021, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan menguruskan segala operasi feri.
  • Terminal ini akan bergerak antara Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) dan Terminal Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH).
  • Hanya pejalan kaki yang dibenarkan menggunakan feri bot laju
    Tiket feri boleh dibeli melalui kaunter tiket di Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH). Tiket ini perlu dibeli sekali sahaja dalam perjalanan sehala dari PSAH ke Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT).
  • Terdapat tiga bahagian tempat menunggu bagi penumpang feri yang mana antaranya adalah tempat khas bagi wanita hamil, warga emas, dan orang kelainan upaya (OKU).
  • Van ulang-alik disediakan hanya kepada pengguna khas iaitu wanita hamil, warga emas, dan orang kelainan upaya (OKU). Van ini akan memudahkan pengguna khas untuk bergerak dari tempat menunggu ke pontoon feri bot laju.

WAKTU OPERASI FERI BAHARU PULAU PINANG

Waktu operasi bagi feri baharu Pulau Pinang adalah seperti berikut:

Operasi feri bermula pada jam:

  • 630 pagi hingga 1130 malam

Tempoh perjalanan pula adalah selama:

  • 15 minit untuk perjalanan waktu puncak dan 20 minit untuk perjalanan waktu biasa (tertakluk kepada keadaan semasa).

HARGA TIKET

Harga tiket untuk feri baharu Pulau Pinang adalah seperti berikut:

  • RM1.20: Dewasa
  • RM0.60: Kanak berumur 12 tahun k bawah dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU)

PERKHIDMATAN FERI PULAU PINANG DITERUSKAN

Namun anda semua tidak perlu bersedih kerana Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri itu, akan diteruskan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan meluluskan RM30 juta kepada Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengambil alih perkhidmatan, yang menjadi lambang ikonik di Pulau Mutiara itu.

Percuma Dari 1 Hingga 14 Januari 2021, Jom Naik Feri Baru Pulau Pinang

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan info selanjutnya mengenai perkhidmatan feri baharu Pulau Pinang di:

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...