Internet Prabayar 20GB RM15 Sahaja Untuk Pelajar SPM & STPM

660

Sebelum ini terdapat 5 syarikat telco menawarkan pelan internet prabayar dan ianya ditawarkan kepada pelajar SPM dan STPM. Tawaran pelan internet prabayar 20GB oleh Celcom ini bermula 6 Januari 2021 dan bakal berakhir pada 31 April 2021.

Baca juga: Bantuan Internet RM100 Setiap Pelajar Sekolah. Semak Cara Mohon Disini

Seperti yang sedia maklum, terdapat 4 lagi telco yang menawarkan pelan internet prabayar yang sama iaitu Digi, Hotlink, Unifi Mobile dan U Mobile.

Tawaran ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar belajar secara dalam talian dengan kos yang rendah dan berbaloi.

TAWARAN PELAN INTERNET PRABAYAR 20GB RM15

Antara telco yang telah membuka tawaran pelan internet prabayar 20GB RM15 ialah:

CELCOM

  • Terbuka kepada pelajar SPM dan STPM yang lahir antara tahun 2001 dan 2004 serta miliki akaun yang aktif sepanjang kempen.
  • Pemegang akaun yang layak akan menerima SMS daripada Celcom untuk pemberitahuan mengenai tawaran ini.

Cara langganan

  • Melalui APP Celcom Life, di bawah bahagian Deals. Anda boleh pasang APP Celcom Life dari Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei AppGallery.
  • Pengguna baru boleh mendapatkan pek permulaan Xpax di mana-mana pengedar sah dan tawaran ini akan tiba kepada anda dalam masa 4 hari sekiranya layak.

Tempoh Langganan

  • Pas promosi ini sah digunakan selama 30 hari tapi jika internet yang digunakan tidak mencukupi keperluan, anda sentiasa boleh perbaharuinya dengan membeli pas yang baharu.
  • Perlu diingatkan bahawa promosi ini tiada fungsi data rollover dan sebarang data tidak digunakan tidak akan dibawa kedepan.

Internet Prabayar 20GB RM15 Sahaja Untuk Pelajar SPM & STPM

U MOBILE

  • Tawaran ini boleh dilanggan oleh semua pelanggan prepaid yang lahir antara tahun 2001 hingga 2004.
  • Cara untuk langgannya adalah melalui APP MyUMobile (Android, Huawei, iOS). Pelanggan juga boleh dapatkannya melalui kod UMB 118*3*12#.
  • Promosi ini tidak meliputi pelanggan servis jalur lebar.
  • Tiada sebarang had dikenakan ke atas kuota promo ini. Anda bebas gunakannya untuk hotpot, streaming, dan sebagainya.

Tempoh Langganan

  • Pas ini akan diperbaharui secara automatik, bergantung kepada baki akaun.
  • Sehari sebelum pas tamat tempoh, U Mobile akan menghantar SMS untuk maklumkan tentang tarikh pembaharuan pas.

Internet Prabayar 20GB RM15 Sahaja Untuk Pelajar SPM & STPM

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...