Cara Mohon IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Mulai 15 Mac 2021 ini, calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah boleh membuat permohonan IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk fasa yang kedua.
Baca juga: Cara Mohon Tingkatan 6 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) KISAS Tahun 2021
Jadi, bagi sesiapa calon lepasan SPM yang berminat untuk menjadi seorang pendidik boleh membuat permohonan IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) mulai sekarang.
Cara mohon? Dapatkan melalui perkongsian ini seterusnya buat permohonan dengan segera.
TARIKH PERMOHONAN IPG ONLINE PENGAMBILAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
Isi Kandungan
Tarikh permohonan untuk IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ialah:
- 15 Mac 2021 hingga 15 April 2021
SYARAT KELAYAKAN ASAS
Semak syarat kelayakan asas permohonan untuk IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ialah:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2021 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2001.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) mata pelajaran seperti berikut, Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris.
SYARAT BIDANG PENGKHUSUSAN
Rujuk lampiran berikut:
CARA MEMBUAT PERMOHONAN IPG ONLINE PENGAMBILAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
Langkah-langkahmembuat permohonan IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ialah:
- Klik pada ikon seperti nombor 1 untuk DAFTAR PERMOHONAN BAHARU.
- Buat permohonan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
- Hantar permohonan yang telah disahkan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu sebelum 15 April 2021.
- Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan pengesahan.
NOTA: CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
INFOGRAFIK PROSEDUR PERMOHONAN IPG ONLINE PENGAMBILAN KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan IPG Online Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), sila hubungi:
- INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar) - Telefon: 03-8312 6720/6693/6731/6760/6733
- Emel: [email protected]
- Facebook IPG-KPM