Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Masuk Matrikulasi Lepasan SPM Sesi 2020,PISMP & PPC Dibuka. Semak Cara Mohon Disini

1,626

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membuat permohonan masuk ke Kolej Matrikulasi bagi Sesi 2021/2022 secara online.

Bagi anda yang berminat untuk meneruskan pengajian dalam program matrikulasi, anda boleh membuat permohonan secara online bermula 15 Mac sehingga 15 April 2021.

Jadi, dapatkan cara membuat permohonan masuk ke Kolej Matrikulasi seperti yang dikongsikan disini.

TARIKH PERMOHONAN MASUK KE MATRIKULASI

Tarikh untuk membuat permohonan masuk ke matrikulasi adalah bermula pada:

  • 15 Mac 2021 hingga 15 April 2021

PERMOHONAN MENGIKUT PROGRAM

Antara permohonan yang dibuka adalah mengikut program seperti berikut:

  • Program Matrikulasi Ambilan 2021
  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2021
  • Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan, pelajar lepasan SPM 2020 boleh mohon terus kepada KPM tanpa melalui UPUOnline dan permohonan adalah secara percuma.

SYARAT UMUM MOHON MATRIKULASI

Antara syarat umum untuk mohon Matrikulasi adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak melebihi 20 tahun semasa memohon
  • Calon SPM tahun semasa

SYARAT UMUM MOHON PISMP

Syarat umum untuk mohon PISMP adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun dalam tahun permohonan dibuat.
    Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mendapat gred CEMERLANG dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • Lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

SYARAT UMUM MOHON PPC

Antara syarat umum untuk mohon PPC adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Memperoleh sekurang-kurangnya tujuh (7) gred cemerlang dalam SPM.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan dibuat.
  • Calon mesti sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.

KENYATAAN MEDIA

Permohonan Masuk Matrikulasi Lepasan SPM Sesi 2020,PISMP & PPC Dibuka. Semak Cara Mohon Disini

Baca juga: Cara Permohonan UPUOnline Sesi 2021 / 2022 Langkah Demi Langkah

MAKLUMAT LANJUT

Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan Matrikulasi dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut Pendidikan Guru KPM melalui:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...