Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Permohonan UPUOnline Sesi 2021 / 2022 Langkah Demi Langkah

2,529

Pelajar lepasan SPM 2020 dan lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM serta pemohon lepasan Diploma / Setaraf sudah boleh membuat permohonan UPUOnline kerana ia telah dibuka bermula 4 Januari 2021.

Anda boleh membuat permohonan dengan segera dan boleh semak cara permohonan UPUOnline 2021 seperti yang dikongsikan disini.

Baca juga: Murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5 Terima RM100 Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM

TARIKH PERMOHONAN UPUONLINE 2021

  • Tarikh untuk permohonan UPUOnline: 4 Januari 2021 (Jam 12 tengah hari)
  • Tarikh tutup permohonan UPUOnline: 31 Mac 2021 (Jam 5 petang)

PEMILIHAN PROGRAM PENGAJIAN UPUONLINE 2021

Pemilihan program pengajian adalah berdasarkan :

LEPASAN SPM

  • Berdasarkan keputusan peeriksaan percubaan SPM 2020 (Jika ada).
  • Pemohon boleh mula membuat pilihan kursus yang diingini pada 21 Mac 2021 , pukul 12 tengah hari sehingga 31 Mac 2021 (pukul 5 petang).

LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI / STAM

Bagi lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM pemilihan pengajian adalah berdasarkan keputusan:

  • STPM 2020: Keputusan Peperiksaan terbaik sehingga peperiksaan semester 2.
  • Matrikulasi / Asasi: Keputusan peperiksaan semester 1
  • STAM 2020: Keputusan peperiksaan trial / percubaan (jika ada)

Pemohon boleh mula mengisi program yang dipilih pada 16 Mac 2021 , pukul 12 tengah hari, sehingga 31 Mac 2021 pukul 5 petang.

LEPASAN DIPLOMA / SETARAF

Bagi lepasan Diploma / Setaraf pula, pemilihan pengajian adalah berdasarkan:

  • Keputusan peperiksaan terkini
  • Boleh mengisi program yang dipilih sebaik sahaja membeli nombor unik ID di BSN.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN UPUONLINE 2021

Untuk membuat permohonan UPUOnline 2021, anda boleh buat permohonan seperti berikut:

Cara Permohonan UPUOnline Sesi 2021 / 2022 Langkah Demi Langkah

  • Pastikan kategori yang anda pilih betul.
  • Syarat kelayakan boleh dibuat pada e-panduan UPUOnline.
  • Untuk mengira merit, boleh klik disini.

Cara Permohonan UPUOnline Sesi 2021 / 2022 Langkah Demi Langkah

  • Semak tren permohonan dan penawaran.
  • Semak LALUAN KERJAYA.
  • Isi borang permohonan UPUOnline.
  • Pastikan anda memasukkan maklumat bertanda (*) dengan sempurna.
  • Buat PILIHAN PROGRAM mengikut keutamaan anda.
  • Isi semua maklumat pada borang permohonan.
  • Klik SIMPAN.
  • Cetak slip permohonan.
  • Simpan slip permohonan sebagai bukti bahawa permohonan anda telah dibuat.
  • Untuk makluman, Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had.
  • Anda boleh membuat kemaskini selagi masih dalam tarikh permohonan.
PERINGATAN: Jangan tunggu saat akhir untuk mengisi permohonan UPUOnline agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini seperti masalah sistem dan sebagainya.
Cara Permohonan UPUOnline Sesi 2021 / 2022 Langkah Demi Langkah

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan UPUOnline 2021, anda boleh bertanya melalui:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...