Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pengambilan Murid Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor 2022 & Cara Mohon

3,481

Bagi ibu bapa yang ingin menempatkan anak-anak yang akan melanjutkan pelajaran di Tingkatan 1 pada tahun hadapan ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor serta tinggal di asrama-asrama Yayasan Selangor, boleh membuat permohonan penempatan mulai 1 Disember ini.

Program ini bertujuan:

  • Membantu pelajar-pelajar miskin tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan pelajaran kepada mereka.
  • Pelajar-pelajar ini juga diberikan bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar.

TARIKH PENTING PERMOHONAN

Berikut adalah tarikh penting untuk permohonan penempatan murid Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan:

  • Tarikh Permohonan Dibuka: 25 Januari 2022
  • Tarikh Permohonan Ditutup: 11 Februari 2022

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN 1 RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN

Jika anda ingin menempatkan anak-anak ke sekolah Rancangan Khas Pendidikan, syarat kelayakan yang perlu anda penuhi ialah:

  • Mendapat sekurang-kurangnya TP 3 di dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.
  • Bersekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan diberi kepada murid luar bandar
  • Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin
    sekurang-kurangnya 10 tahun
  • Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.
  • Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
  • Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN 1 RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan ke Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan:

  • Mengisi Borang Permohonan (ATAS TALIAN) Kemasukan Ke Tingkatan
    1 Tahun 2022.
  • Mencetak borang permohonan atas talian yang telah lengkap dan
    menghantar beserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal
    Ehwal Pelajar melalui serahan tangan atau melalui pos sebelum atau pada
    11 Februari 2022.
  • Dokumen yang diperlukan:
    1. Keputusan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah): 1 salinan
    2. Keputusan UPKK (sekiranya ada): 1 salinan
    3. Sijil PAJSK: 1 salinan
    4. Kad Pengenalan Pemohon , ibu, bapa/penjaga: 1 salinan
    5. Sijil Lahir Pemohon,Ibu atau bapa: 1 salinan (Bagi pemohon/ibu/ bapa yang tidak lahir di Selangor , sila isi Borang Pengesahan Pemastautin)
    6. Slip Gaji Ibu,Bapa/Penjaga: 1 salinan (Bagi ibu,bapa/penjaga yang tidak mempunyai slip gaji, sila isi Borang Pengesahan Pendapatan).
  • Semua dokumen di atas perlu disahkan.
  • Pengesahan hendaklah dibuat oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan dan Profesional/ PengerusiJKKK/ Penyelia Pembangunan Mukim/ Penghulu/ Ketua Kampung dan yang setaraf dengannya.
  • Borang dan dokumen yang telah lengkap perlu dihantar ke alamat:

    Bahagian Hal Ehwal Pelajar
    Yayasan Selangor
    Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
    No. 18A, Persiaran Barat,
    46000 Petaling Jaya, Selangor
    Tel : 03-7669 1218 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141
    Faks : 03-7954 1790 / 1862
    Email : [email protected]

  • Menunggu jawapan permohonan sama ada Berjaya / Gagal selewat-lewatnya 1 minggu sebelum tarikh pendaftaran ke tingkatan 1.
  • Mengisi Borang Rayuan sekiranya Tidak Berjaya mendapat tawaran namun masih berminat untuk mendapat penempatan.
Nota penting : Borang Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. 

BORANG YANG PERLU DIISI

Antara borang yang perlu diisi ialah:

1 Disember Ini Penempatan Murid Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor 2021. Semak Kelayakan Permohonan Disini

SENARAI SEKOLAH & ASRAMA PENEMPATAN MURID TINGKATAN 1 RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN

Pemohon boleh memilih mana-mana sekolah yang menyediakan penempatan murid Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan seperti yang disediakan seperti berikut:

ASRAMA / SEKOLAH PILIHAN

  • Asrama Pusat Yayasan Selangor
  • Asrama Daerah Yayasan Selangor
  • Tanpa Asrama / Berulang Dari Rumah

1 ASRAMA PUSAT YAYASAN SELANGOR

  • Asrama Pusat Yayasan Selangor adalah asrama di bawah Pengurusan Yayasan Selangor sepenuhnya.
  • Pelajar-pelajar akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).
  • Terdapat 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB) dan Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK).

Persekolahan Pelajar Asrama Pusat

Pelajar akan bersekolah di salah sebuah sekolah berikut berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan oleh JPNS dan Yayasan Selangor iaitu :

AYSSB

  • SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam (Lelaki)

AYSK

  • SMK Tinggi Klang, Klang (Lelaki)
  • SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang (Lelaki / Perempuan)
  • SMK (P) Methodist, Klang (Perempuan)
  • SMK Convent, Klang (Perempuan)
  • SMK Methodist ACS, Klang (Lelaki)
  • SMK (P) Bukit Kuda, Klang (Perempuan)

2 ASRAMA DAERAH YAYASAN SELANGOR

  • Asrama Daerah Yayasan Selangor adalah asrama harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang diberikan kuota untuk menempatkan para pelajar Yayasan Selangor.
  • Asrama Daerah Yayasan Selangor terletak di Negeri Selangor dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Asrama Daerah yang terletak di Negeri Selangor adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), manakala Asrama Daerah yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).
  • Para pelajar ini tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan Yayasan Selangor.

Asrama Daerah di Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan terdiri daripada :

i) Daerah Sabak Bernam

  • SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam (Perempuan)
  • SMK Sungai Besar (Lelaki/Perempuan)
  • SMK Munshi Abdullah, Sg Air Tawar (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Bagan Terap (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Dato’ Mustaffa, Sekinchan (Perempuan)

ii) Daerah Kuala Selangor

  • SMK Dato’ Harun, Tanjong Karang (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Pengkalan Permatang (Lelaki / Perempuan)

iii) Daerah Hulu Selangor

  • SMK Kuala Kubu Bharu (Lelaki / Perempuan)

iv) Daerah Petaling

  • SMK Damansara Utama (DLP Program) (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Shah Alam (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Tinggi Kajang (Lelaki)

v) Daerah Hulu Langat

  • SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama) (Lelaki / Perempuan)

vi) Daerah Kuala Langat

  • SMK Telok Panglima Garang ( Lelaki / Perempuan)
  • SMK Banting (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Bukit Changgang (Lelaki / Perempuan)

x) Daerah Sepang

  • SMK Seri Sepang (Lelaki / Perempuan)

xi) Wilayah Persekutuan

  • SMK Victoria (lelaki sahaja)

3 TANPA ASRAMA / BERULANG DARI RUMAH

  • Pelajar-pelajar akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).
  • Pelajar berulang alik ke sekolah dari rumah masing-masing.

Para pelajar akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut :

SELANGOR

  • SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya (DLP Program) (Perempuan)
  • SMK (P) Assunta, Petaling Jaya (Perempuan)
  • SMK (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya (Lelaki)

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

  • SMK Aminuddin Baki (Lelaki / Perempuan)
  • SMK Seri Bintang Utara (Lelaki / Perempuan)

1 Disember Ini Penempatan Murid Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor 2021. Semak Kelayakan Permohonan Disini

Rujuk: http://yayasanselangor.org.my/wp-content/uploads/2022/01/ASRAMA-33.pdf

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penempatan Tingkatan 1 Rancangan Khas Pendidikan, sila hubungi:

  • Bahagian Hal Ehwal Pelajar
    Yayasan Selangor Tingkat 17,
    Menara Yayasan Selangor,
    No. 18A, Persiaran Barat,
    46000 Petaling Jaya, Selangor
  • Tel : 03-7669 1218 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141
  • Faks : 03-7954 1790 / 1862
  • Email : [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...