Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) & Cara Mohonnya. Daftar Secara Online Dahulu

1,507

Walaupun negara sedang dilanda dengan musibah Covid-19, namun Zakat Pulau Pinang tetap berkomitmen untuk membantu usahawan asnaf dinegerinya untuk terus bangkit dan perbaiki kehidupan yang dilalui sekarang.

Sehubungan itu, Zakat Pulau Pinang dengan kerjasama SME Corp telah menyediakan Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) dan permohonan boleh dibuat mulai 28 Januari sehingga 4 Februari 2022.

Jom semak dahulu syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dan buat pendaftaran terlebih dahulu sebelum anda terlepas tarikh permohonan.

Baca juga: Perlukan Rumah Yang Lebih Selesa? Skim Inapan Kasih Zakat Pulau Pinang Bantu Anda Dengan Kos Sehingga RM18,000

TUJUAN PROGRAM TUNAS USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG (TUZPP)

Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) diwujudkan dengan tujuan berikut:

  • Mengubah paradigma usahawan dan menambah baik taraf hidup golongan asnaf.

KAEDAH PROGRAM TUNAS USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG (TUZPP)

Program ini dijalankan dengn kaedah seperti berikut:

  • Perkongsian maklumat
  • Latihan pembangunan modal insan
  • Pengurusan kewangan
  • Pembiayaan khidmat nasihat dan bimbingan perniagaan melalui TUZPP bagi membolehkan mereka menjana pendapatan jangka panjang

TARIKH PERMOHONAN

Usahawan dan asnaf yang berminat boleh membuat permohonan mulai:

  • 28 Januari 2022 sehingga 4 Februari 2022

CARA MOHON

Bagi ana yang berminat untuk mengikuti Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP), sila klik pautan berikut:

Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) & Cara Mohonnya. Daftar Secara Online Dahulu

  • Klik Submit untuk menghantar permohonan anda.

ATAU

Anda boleh imbas sahaja Kod QR yang terdapat pada poster dibawah:

Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) & Cara Mohonnya. Daftar Secara Online Dahulu

SYARAT PERMOHONAN TUZPP

Syarat permohonan TUZPP adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
  • Berumur di antara 18 hingga 46 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Mempunyai lesen perniagaan SSM sekurang-kurangnya telah berdaftar selama 6 bulan.
  • Tidak hamil/dalam tempoh berpantang pada tarikh tutup permohonan.
  • Sihat tubuh badan serta bebas alahan serius.
  • Tidak pernah mejalani pembedahan/mengalami patah tulang 6 bulan sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Tiada rekod jenayah/bankrap/dalam tindakan mahkamah.
  • Hanya salah seorang sahaja daripada pertalian satu keluarga layak memohon.
  • Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta.
  • Tidak pernah menyertai program ini sebelumnya.

Baca juga: 6 Kaedah Bayaran Zakat Fitrah Pulau Pinang Secara Online. Rujuk Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) pada Bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang di talian berikut:

  • 04-549 8131 / 04-549 8132
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...