Permohonan

Cara Mohon eHLP KKM, Cuti Belajar Bergaji Penuh Pegawai Lantikan Tetap Bukan Gunasama KKM

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

24 January 2022
2 min baca
Isi Kandungan

Warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ingin menyambung pengajian boleh membuat permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh/Tanpa HLP pada penghujung Januari 2022 ini.

Semak syarat permohonan terlebih dahulu sebelum anda membuat proses-proses yang seterusnya.

Permohonan adalah secara online sahaja. Semak dokumen-dokumen yang diperlukan disini.

eHLP KKM

Menurut Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, tawaran tersebut terbuka kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bukan guna sama KKM lantikan tetap serta pegawai perubatan dan pergigian lantikan kontrak.

Tawaran ini juga berbeza dengan tawaran sebelum ini kerana pegawai perubatan dan pergigian lantikan kontrak kini turut diberikan peluang mengikuti Program Latihan Kepakaran (PLK) di peringkat Sarjana atau Parallel Pathway.

TARIKH PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan secara dalam talian mulai tarikh berikut:

  • 28 Januari 2022

Cara Mohon eHLP KKM, Cuti Belajar Bergaji Penuh Pegawai Lantikan Tetap Bukan Gunasama KKM

CARA MOHON

Anda boleh membuat permohonan melalui sistem e-HLP KKM di pautan berikut: http://ehlp.moh.gov.my.

Cara Mohon eHLP KKM, Cuti Belajar Bergaji Penuh Pegawai Lantikan Tetap Bukan Gunasama KKM

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut untuk permohonan Cuti Belajar Bergaji Penuh/Tanpa HLP seperti berikut:

1. Tawaran A (Sarjana/ Kedoktoran/ Area of Special Interest)

2. Tawaran B (Sarjana Perubatan) 

3. Tawaran C (Sub Kepakaran)

4. Tawaran D (Laluan Paralel)

5. Tawaran E (Sijil/ Diploma/ Ijazah)

6. Pengurusan & Professional (P&P)

Cara Mohon eHLP KKM, Cuti Belajar Bergaji Penuh Pegawai Lantikan Tetap Bukan Gunasama KKM

Baca juga: Elaun Pegawai Bomba Bantuan Sebanyak RM8 Sejam & Ini Cara Mohon

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Cuti Belajar Bergaji Penuh/Tanpa HLP sila hubungi:

  • Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 6, No.26 Persiaran Perdana, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62675 Putrajaya
  • Unit Latihan Dalam Perkhidmatan 1 (Kursus Jangka Panjang / Sederhana): 03-8885 0694
  • (Tawaran A) [email protected]/(Tawaran B) [email protected]
Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.