Cara Mohon Sijil Pertanian Malaysia, Sabah. Apakah Syarat Kelayakan Permohonan?

Berbudi pada tanah pastinya ada rezeki yang lumayan buat anda kerana sudah pasti anda akan mendapat pulangan yang setimpal dengan anda.

Bagi anda yang berminat untuk menambahkan pengalaman dalam bidang pertanian dan tinggal di Sabah, cepat buat permohnan untuk ikuti Program Sijil Pertanian Malaysia di Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud.

Apakah syarat-syarat kelayakan yang perlu ada untuk ikuti ikuti Program Sijil Pertanian Malaysia ini?

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Jika berminat untuk ikuti Program Sijil Pertanian Malaysia ini, sila buat permohonan sebelum tarikh tutup berikut:

  • 18 Februari 2022/5 petang
Nota: Permohonan lewat tidak dipertimbangkan!

PROGRAM SIJIL PERTANIAN MALAYSIA

Program Sijil Pertanian ditawarkan kepada individu yang meminati bidang pertanian bagi membantu transformasi sektor pertanian negara. Ini adalah selaras dengan Dasar AgroMakanan Negara (DAN) yang bertujuan untuk membangunkan sektor pertanian dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.

Program Sijil Pertanian Malaysia dilaksanakan selama dua tahun dengan 64 jam kredit yang terdiri daripada 70% latihan praktikal dan 30% teori. Kurikulum Program Sijil Pertanian dibangunkan dan dikemaskini mengikut keperluan semasa bagi mematuhi kualiti dan standard yang ditetapkan.

Program Sijil Pertanian Malaysia ditawarkan di Institut Pertanian Serdang, Selangor; Institut Pertanian Bumbong Lima, Pulau Pinang; Institut Pertanian Titi Gantong, Perak; Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor; Institut Pertanian Sarawak, Semongok; dan Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud.

STRUKTUR PENGAJIAN

Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun mengikut struktur pengajian untuk Program Sijil Pertanian Malaysia seperti berikut:

  • Program ini mempunyai 4 semester meliputi kuliah (30%) dan latihan kemahiran (70%) di makmal/ladang.
  • Latihan Industri dilaksanakan selama 2 bulan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM SIJIL PERTANIAN MALAYSIA

Syarat-syarat kelayakan permohonan Program Sijil Pertanian Malaysia adalah seperti berikut:

  • Berumur di antara 18 hingga 25 tahun.
  • Bagi Penjawat Awam tidak melebihi 30 tahun pada masa program bermula (permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan).
  • Lulus SPM dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan seperti berikut:

    a) Lulus dalam matapelajaran Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan),

    b) Lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris,

    c) Lulus dalam matapelajaran Matematik/Matematik Tambahan dan

    d) Kepujian dalam salah satu mata pelajaran iaitu:

    Sains, Pengeluaran Tanaman, Sains Pertanian, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Pengajian Agroteknologi, Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan, Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumahtangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan.

  • Belum berkahwin (kecuali bagi kakitangan kerajaan)

SEMAKAN TEMUDUGA

Untuk pengetahuan pemohon, hanya calon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas sahaja akan dipanggil temuduga.

Calon yang layak dipanggil temuduga akan dihubungi melalui panggilan telefon atau surat rasmi atau emel.

Semakan status panggilan temuduga mulai:

  • 28 Mac 2022

Semakan boleh dibuat dipautan berikut:

CARA MOHON

Permohonan perlu dibuat secara online di pautan berikut:

Cara Mohon Sijil Pertanian Malaysia, Sabah. Apakah Syarat Kelayakan Permohonan?

KERJAYA LEPASAN INSTITUT PERTANIAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Lepasan graduan Institut Pertanian Semenanjung Malaysia boleh bekerja sebagai:

  1. Penolong Pegawai Pertanian
  2. Pembantu Penyelidik
  3. Pembantu Hal Ehwal Ekonomi
  4. Juruteknik Pembangunan Usahawan
  5. Pengurus
  6. Penyelia
  7. Eksekutif Jualan

Baca juga: Wujud Lagi Ke Jawatan PSH? Apakah Perbezaan Jawatan PSH & Personel MySTEP?

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Program Sijil Pertanian Malaysia, sila hubungi:

  • UNIT PENTADBIRAN,
    INSTITUT PERTANIAN SABAH,
    PETI SURAT 102, TIMBANG MENGGARIS,
    89158 KOTA BELUD,
    SABAH.
  • 088-983017
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.