Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jangan Hanya Ajar Anak Tak Boleh Makan dan Minum Sahaja Masa Puasa, Rugi Besar Kita Jika Ajar Begini

1,787

Bila masuk bulan puasa, mesti ibu bapa akan mengajak anak-anak untuk belajar berpuasa. Tetapi kebiasaannya ibu bapa pasti menerangkan pada anak-anak bahawa mereka hanya tidak boleh makan dan minum sehinggalah waktu berbuka.

Sedangkan ada lagi perkara lain yang boleh di ajar dan diberitahu kepada mereka.

Berikut ada 5 perkara yang boleh diamalkan oleh ibu bapa. Pastikan guna cara yang betul untuk memberitahu kepada mereka.

5 Tips Ajar Anak Di Bulan Puasa

Berikut adalah 5 perkara yang anda boleh ajarkan kepada anak-anak.

1. Tahan Diri Dari Marah

Jika anda mempunyai anak-anak yang agak ramai, beritahulah kepada mereka supaya tidak saling marah antara satu sama lain terutamanya kepada anak-anak yang lebih tua. Nasihatkan mereka supaya tidak marah-marah kepada adik-adik sepanjang bulan puasa.

Anda juga boleh memberitahu kepada mereka manfaat sekiranya bersabar dan tidak marah sesama mereka.

anak gaduh

2. Tahan Diri Menonton Rancangan Televisyen Yang Tidak Berfaedah

Sepanjang bulan puasa pastinya rancangan televisyen menghidangkan pelbagai rancangan untuk ditonton. Jadi, pesan kepada anak-anak supaya mereka tidak membazirkan masa dengan melonggok di depan televisyen sahaja menonton rancangan-rancangan yang tidak berfaedah.

Galakkan mereka menonton rancangan yang memberi ilmu seperti Didi & Friends, Omar & Hana, Natiional Geographic atau Rancangan Pendidikan. Sekurangnya bertambah juga ilmu kepada mereka.

gaduh

3. Tahan Diri Daripada Mendengar Muzik 

Maksudnya disini, nasihat anak-anak daripada mendengar muzik yang membawa ke arah lagho atau sia-sia. Ajak anak anda untuk mendengar alunan zikir atau bacaan Al Quran sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

dgr muzik

4. Tidak Tidur Seharian

Beritahu kepada mereka bahawa dengan berpuasa ini bukanlah satu tiket untuk tidur sepanjang hari. Tahan diri untuk tidur sahaja sepanjang bulan puasa. Mereka boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga seperti membaca Al Quran bersama-sama, mencuci halaman rumah, mengemas bilik tidur masing-masing dan membantu ibu memasak di dapur sebagai persediaan berbuka nanti.

tidur

5. Jangan Pukul Adik Beradik

Anda juga boleh memesan dan menasihatkan anak anda supaya tidak memukul atau naik tangan sesama mereka. Beritahu kepada mereka bahawa perkara itu adalah tidak baik dan boleh membuatkan kecederaan. Katakan kepada mereka bahawa Rasulullah S.A.W sangat sukakan orang yang sayangkan saudara mereka.

pukul

Walaupun perkara ini kelihatan seperti kecil, tetapi impaknya sangat besar dan jangan terkejut sekiranya mereka terus mengamalkan sikap begini secara berterusan.

5 Tip Latih Anak Puasa

  • Terangkan kepada anak maksud dan kebaikannya. Anak-anak pasti ingin tahu maksud puasa dan kebaikannya dan mengapa mereka disuruh berpuasa.
  • Galakkan anak-anak tidur awal untuk memudahkan mereka bangun sahur. Jangan lupa ceritakan kepada mereka kelebihan dan kebaikan bersahur.
  • Pujuk anak dengan baik untuk berpuasa. Sebagai seorang ibu bapa, berdoalah supaya anak anda mahu cuba dan tahan untuk berpuasa di bulan Ramadan ini.
  • Tidak perlu memaksa anak-anak untuk berpuasa atau bersahur. Berlemah lembut dengan mereka supaya mereka sendiri memilih untuk berpuasa bersama anda.
  • Sediakan makanan kegemaran mereka ketika berbuka dan bersahur selepas seharian mereka berpuasa. Jadikan itu sebagai satu hadiah buat mereka.

Diharap dengan perkongsian ini anak-anak lebih memahami erti puasa yang sebenar. Semoga anak-anak menjadi insan yang membanggakan ibu bapanya.

Sumber :

  • Majalah PaMa
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...