Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jawatan Kosong Penguasa Kastam Gred WK19. Semak Syarat Dan Mohon Sekarang

3,051

Adakah anda berminat untuk menyertai badan beruniform sebagai Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia? Ini kerana Jabatan Kastam DiRaja Malaysia sedang mencari individu yang mempunyai ciri-ciri berikut untuk menyertai perkhidmatan awam:

  • Mempunyai keterampilan yang baik
  • Mempunyai semangat yang tinggi dalam bekerja secara berkumpulan
  • Mempunyai bakat kepimpinan
  • Mempunyai ciri-ciri jati diri yang cemerlang
  • Mempunyai kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan

INFO RINGKAS JAWATAN PEMBANTU PENGUASA KASTAM GRED WK19

Jawatan ini berada dalam klasifikasi perkhidmatan Kewangan dan berada dalam kumpulan perkhidmatan Pelaksana serta ditempatkan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU PENGUASA KASTAM GRED WK19

Antara skop tugasan sebagai Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 ialah:

  • Bertanggungjawab membantu memungut cukai dan memberi fasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta mempertingkatkan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.

JADUAL GAJI

Berikut adalah jadual gaji bagi jawatan Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19:

  • Gaji Minimum: RM1,353.00
  • Gaji Maksimum: RM4,005.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100

SYARAT LANTIKAN PEMBANTU PENGUASA KASTAM GRED WK19

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan pada Gred WK19 : RM1,353.00) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred WK19 : RM1,409.40) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred WK19 : RM1,465.80)

Jawatan Kosong Penguasa Kastam Gred WK19. Semak Syarat Dan Mohon Sekarang

CARA MOHON JAWATAN PEMBANTU PENGUASA KASTAM GRED WK19

Untuk memohon jawatan sebagai Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 ialah mestilah melalui Sistem SPA9 iaitu Sistem Pendaftaran Pekerjaan dalam perkhidmatan awam.

Anda hanya perlu log masuk ke SPA9 dan seterusnya lengkapkan maklumat yang diperlukan dan mohon jawatan sebagai Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19.

Untuk dapatkan cara mendaftar pekerjaan dalam perkhidmatan awam khususnya bagi jawatan ini, sila klik:

LOGIN SPA9: SISTEM PENDAFTARAN PEKERJAAN SPA

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai jawatan ini, sila layari portal rasmi SPA di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...