100% Kapasiti Kehadiran Pekerja Sektor Swasta & Perkhidmatan Awam Berkuatkuasa 1 April 2021

197

Bemula 1 April 2021, kehadiran pekerja sektor swasta ke pejabat bagi kumpulan pengurusan dan operasi atau sokongan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan pada tahap 100%.

Kenyataan ini telah dimumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan peratus kehadiran bagi perhidmatan awam pula berbeza daripada pekerja sektor swasta.

Sementara itu, pergerakan rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) disebabkan kerana trend pulih dan jangkitan Covid-19 yang berubah-ubah. Malah, 6 negeri masih lagi berada dalam tempoh PKPB.

Rujuk: Rentas Negeri Belum Dibenarkan. 6 Negeri Masih PKPB Sehingga 14 April 2021

JUMLAH PERATUS KEHADIRAN PEKERJA SEKTOR SWASTA & PERKHIDMATAN AWAM

Kebenaran kehadiran pekerja sektor swasta dan perkhidmatan awam adalah seperti berikut:

  • Sektor swasta: 100% kehadiran
  • Perkhidmatan awam: Berdasarkan pekeliling/Arahan Jabatan Perkhidmatan Awam

TARIKH KUATKUASA KEHADIRAN PEKERJA SEKTOR SWASTA & PERKHIDMATAN AWAM

Arahan tarikh kuatkuasa kehadiran pekerja sektor swasta dan perkhidmatan awam bermula pada:

  • 1 April 2021

PEMBATALAN SYARAT PEMATUHAN 30% BDR

Syarat pematuhan 30 % bekerja dari rumah bagi pihak pengurusan dan penyelia sesebuah syarikat dibatalkan atas beberapa justifikasi.

Arahan bekerja dari rumah yang dikeluarkan kepada syarikat perkilangan adalah sukar dilaksanakan kerana operasi tidak dapat dilakukan secara remotely.

Operasi pengilangan sering melibatkan proses kompleks dan teknikal dengan kehadiran pasukan berbeza yang terdiri daripada kakitangan pengurusan dan penyelia.Pada masa yang sama, mereka dikehendaki bekerja secara serentak.

Pembatalan syarat ini akan memberi peluang kepada syarikat untuk beroperasi pada tahap yang maksimum.

100% Kapasiti Kehadiran Pekerja Sektor Swasta & Perkhidmatan Awam Berkuatkuasa 1 April 2021

SOP BAZAR RAMADAN & BAZAR AIDILFITRI

100% Kapasiti Kehadiran Pekerja Sektor Swasta & Perkhidmatan Awam Berkuatkuasa 1 April 2021

Rujuk: Waktu Operasi Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Seluruh Negara

NEGERI PKPP & PKPB

Antara negeri yang kekal dengan arahan PKPP dan PKPB ialah:

Rentas Negeri Belum Dibenarkan. 6 Negeri Masih PKPB Sehingga 14 April 2021 Rentas Negeri Belum Dibenarkan. 6 Negeri Masih PKPB Sehingga 14 April 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat selanjutnya mengenai SOP sepanjang tempoh PKPP dan PKPB di:

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...