Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kemas Kini Akaun Bank GKP 1.0 & 2.0 Dibuka Sehingga 15 Mac 2021

2,437

Penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 sudah boleh mengemaskini maklumat akaun bank masing-masing mulai 15 Februari 2021 sehingga 15 Mac 2021 ini.

Sebelum ini, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa tempoh kemas kini BPR 2021 telah dilanjutkan sehingga 25 Februari 2021 berikutan perlanjutan tempoh PKP 2.0.

Rujuk: Pendaftaran & Kemas Kini BPR 2021 Dilanjutkan Sehingga 25 Februari 2021

Untuk memudahkan pemohon mengemaskini maklumat akaun bank masing-masing, pemohon boleh mengemaskini secara online sahaja melalui laman rasmi GKP Hasil.

TARIKH KEMAS KINI MAKLUMAT AKAUN BANK GKP 1.0 & 2.0

Pemohon boleh mengemaskini maklumay akaun bank bermula pada:

  • 15 Februari 2021 sehingga 15 Mac 2021

TARIKH BAYARAN GKP

Pembayaran GKP akan dibayar pada:

  • Bulan Mac 2021

Rujuk: GKP Tambahan RM1,000 Akan Dibayar Mac Ini

KEMAS KINI MAKLUMAT AKAUN BANK GKP 1.0 & 2.0

Mereka yang perlu mengemaskini maklumat akaun bank ialah:

  • Status lulus dan bayaran gagal kredit GKP 1.0 dan GKP 2.0

Oleh itu,

  • Maklumat akaun bank perlulah akaun bank simpanan peribadi atau akaun bank semasa peribadi pemohon.
  • Pembayaran GKP hanya dikreditkan ke akaun bank simpanan/semasa pemohon yang berstatus aktif sahaja

CARA KEMAS KINI MAKLUMAT AKAUN BANK GKP 1.0 & GKP 2.0

Untuk mengemaskini maklumat akaun bank GKP 1.0 & GKP 2.0:

Kemas Kini Akaun Bank GKP 1.0 & 2.0 Dibuka Sehingga 15 Mac 2021

  • Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan klik SEMAK.
  • Seterusnya klik KEMAS KINI NOMBOR AKAUN.
  • Masukkan NOMBOR AKAUN dan klik SIMPAN.
Nota: Akaun bank yang dikemaskini hendaklah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan), berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon.

KAEDAH PEMBAYARAN GKP

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

  • Dikreditkan ke akaun bank simpanan dan semasa peribadi penerima yang didaftarkan semasa permohonan GKP 1.0 dan 2.0.
  • Pastikan akaun bank anda aktif untuk memudahkan proses pembayaran bantuan GKP.

Kemas Kini Akaun Bank GKP 1.0 & 2.0 Dibuka Sehingga 15 Mac 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan GKP sila hubungi LHDNM di saluran berikut :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...