Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kemudahan Bantuan & Pemulihan Bersasar (TRFF) Untuk PKS Sehingga RM500,000

1,784

Memahami masalah kewangan yang dihadapi oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akibat Covid-19, Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan pembiayaan bagi modal kerja sehingga RM500,000. Pembiayaan ini adalah sehingga 7 tahun termasuk moratorium minimum 6 bulan.

Menurut BNM juga, bantuan tersebut terdapat dalam dana Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) disediakan sebagai dana tambahan bagi membantu PKS di negara ini yang terjejas akibat Covid-19.

PKS dalam sektor yang terjejas disasar, seperti subsektor perkhidmatan persendirian, perkhidmatan makanan dan minuman, kesihatan manusia, dan kerja sosial serta seni, hiburan dan rekreasi, juga layak memohon untuk TRRF.

KEMUDAHAN PERUSAHAAN MIKRO (MEF)

BNM turut menawarkan Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF) seperti diumumkan dalam Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini.

Kemudahan MEF ini ditambah baik untuk meningkatkan akses perusahaan mikro kepada kredit merangkumi individu bekerja sendiri, pekerja sambilan menggunakan platform digital dan peserta program iTEKAD.

TARIKH PERMOHONAN & TARIKH TUTUP

Tarikh permohonan dibuka pada:

  • 1 Disember 2020

Tarikh tutup permohonan:

  • Sehingga 31 Disember 2021 atau peruntukan habis digunakan (mana yang lebih awal)

CIRI-CIRI KEMUDAHAN BANTUAN DAN PEMULIHAN BERSASAR (TRRF)

Antara ciri-ciri bagi Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) ialah:

  • Disediakan untuk tujuan modal kerja sahaja

SAIZ PEMBIAYAAN BANTUAN DAN PEMULIHAN BERSASAR (TRRF)

  • PKS: Sehingga RM500 ribu bagi setiap PKS
  • Perusahaan mikro: Sehingga RM75 ribu bagi setiap perusahaan mikro
Nota: Had pembiayaan di atas akan dikenakan ke atas syarikat sekutu PKS tersebut yang mempunyai pemegangan saham bersama lebih daripada 20%.

KRITERIA KELAYAKAN PEMBIAYAAN BANTUAN DAN PEMULIHAN BERSASAR (TRRF)

Semak kriteria kelayakan dahulu sebelum anda membuat permohonan Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) seperti:

  • Perkhidmatan peribadi (cth. membaiki komputer/ barangan isi rumah, dobi, dandanan rambut, kecantikan)
  • Aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman
  • Aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial
  • Seni, hiburan dan rekreasi
  • Perdagangan borong dan runcit
  • Perkhidmatan perniagaan (cth. aktiviti profesional, saintifik dan teknikal: pentadbiran dan aktiviti perkhidmatan sokongan)
Nota: Penerima Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF), Pembiayaan PKS PENJANA (PENJANA SME Financing, PSF) dan Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PENJANA Tourism Financing, PTF) tidak layak untuk memohon TRRF.

TEMPOH PEMBIAYAAN BANTUAN DAN PEMULIHAN BERSASAR (TRRF)

Tempoh bagi Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) ialah:

  • Sehingga 7 tahun, dengan moratorium ke atas ansuran bulanan sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

CARA MOHON PEMBIAYAAN BANTUAN DAN PEMULIHAN BERSASAR (TRRF)

PKS yang berminat boleh memohon terus kepada institusi kewangan peserta terdiri daripada bank-bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan dikawal selia BNM menerusi laman sesawang mereka atau dengan melawati cawangan-cawangan institusi kewangan peserta.

Bagi MEF, perusahaan mikro yang berminat boleh memohon terus kepada institusi kewangan peserta di bawah Skim Pembiayaan Mikro.

Perusahaan mikro yang layak boleh mendapatkan pembiayaan untuk tujuan modal kerja dan perbelanjaan modal sehingga RM50,000. Kadar pembiayaan akan ditetapkan institusi kewangan peserta.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Daptkan maklumat lanjut mengenai TRFF dan MEF di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...