Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kerajaan Bagi RM1,000 Seorang Kepada Anda Yang Berumur 20an Melalui PRS

0 2,219

Berita baik untuk anak muda berusia 20-30 tahun di mana kerajaan akan memberikan insentif RM1,000 kepada anda melalui program PRS Youth Incentive.

Program ini diperkenalkan bagi menggalakkan budaya menyimpan untuk hari persaraaan.

PRS atau Private Retirement Scheme sudah mula beroperasi sejak 2014 lagi. Namun pada pembentangan Bajet 2017, kerajaan menambah RM500 kepada insentif sedia ada menjadikan total RM1,000 seorang.

Tawaran ini hanya terbuka untuk belia berumur 20 sehingga 30 tahun sahaja dan peruntukkan untuk program ini sangat terhad (cuma RM165 juta sahaja). Siapa cepat dia dapat!

PRS Youth Incentive

Anda boleh mendapatkan RM1,000 ini dengan syarat menyimpan RM1,000 ke dalam PRS.

Maknanya simpan duit sendiri RM1,000 kerajaan akan tambah RM1,000 menjadikan jumlah total RM2,000 simpanan.

Wang PRS tidak boleh dikeluarkan sehingga umur 55 tahun sama macam KWSP. Sekiranya anda menyimpan sebanyak RM100 selama 30 tahun, tabungan anda akan mencecah RM1.4 juta!

Bagi anda yang mencari skim perubahan bantuan kerajan, sila baca juga tentang skim PPA1M dan skim PR1MA.

Private Retirement Scheme

PRS ini adalah pelaburan persaraan yang sah dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Securities Commission Malaysia). Skim ini adalah terbuka kepada semua individu yang berusia 18 tahun dan ke atas, termasuk bukan warganegara Malaysia.

Permohonan perlulah melalui consultant yang ada lesen PRS sahaja. Contohnya:

  • Affin Hwang Asset Management Berhad
  • AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd
  • AmFunds Management Berhad
  • CIMB-Principal Asset Management Bhd
  • Kenanga Investors Berhad
  • Manulife Asset Management Services Bhd
  • Public Mutual
  • RHB Asset Management Sdn Bhd

Berikut dikongsikan langkah-langkah melabur di PRS:

  1. Pilih penyedia PRS yang disenaraikan di atas
  2. Buka akaun PRS
  3. Pilih pakej pelaburan persaraan yang sesuai dengan anda
  4. Mula melabur PSR secara online

Untuk maklumat lanjut tentang PRS, sila layari portal rasmi PPA yang mengendalikan program ini. Layari https://www.ppa.my/

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...