Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tarikh Bayaran Faedah PERKESO 2018

0 1,261

Berikut dikongsikan tarikh bayaran faedah PERKESO 2018.

PERKESO atau Pertubuhan Keselamatan Sosial mengumumkan kenaikan kadar pencen antara 1.2 peratus sehingga 10.4 peratus di bawah skim bencana pekerjaan dan skim keilatan, mulai 26 Disember tahun lepas.

Sebanyak RM72.62 juta diperuntukkan bagi pembayaran penerima faedah membabitkan hilang upaya kekal, orang tanggungan, pencen ilat dan pencen penakat.

Menterinya berkata pelarasan ini dibuat seiring dengan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat bagi meringankan bebanan perbelanjaan.

Tarikh Bayaran Faedah PERKESO 2018

Berikut adalah tarikh rasmi bagi bayaran faedah PERKESO tahun ini.

  • 30 Januari 2018 (Selasa)
  • 12 Februari 2018 (Isnin)
  • 30 Mac 2018 (Jumaat)
  • 30 April 2018 (Isnin)
  • 25 Mei (Jumaat)
  • 1 Jun (Jumaat)
  • 11 Jun (Isnin)
  • 1 Ogos (Rabu)
  • 17 Ogos (Jumaat)
  • 1 Oktober (Isnin)
  • 1 November (Khamis)
  • 30 November (Jumaat)
  • 21 Disember (Jumaat)

Pastikan anda baca juga: Tarikh Bayaran Gaji 2018

Berikut adalah senarai kenaikan pencen tahun sebelum ini:

  • 2011 —- 8.3 %
  • 2012 —- 6.6 %
  • 2013 —– 4.4 %
  • 2014 —– 1.2 %

Tentang PERKESO

PERKESO menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja dan tanggungan mereka menerusi skim-skim keselamatan sosial berasaskan konsep masyarakat penyayang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara dan Wawasan 2020.

Semua pekerja yang layak perlu didaftar tanpa mengira berapakah umur mereka.

Untuk pekerja yang berumur 60 tahun ke bawah, majikan perlu membayar caruman jenis pertama dan apabila berumur mencapai umur 60 tahun genap, majikan hanya perlu membayar caruman jenis kedua sahaja.

Pekerja yang berumur lebih 55 tahun semasa pertama kali masuk kerja di perusahaan yang layak di bawah Akta dan belum pernah mencarum, perlu membayar caruman jenis kedua.

Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi PERKESO di https://www.perkeso.gov.my/

Baca juga: 17 Jenis Skim Pengeluaran KWSP 2018

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...