Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Panduan Mengisi Borang Permohonan Matrikulasi KPM 2018 / 2019

Untuk makluman, permohonan Matrikulasi KPM 2018 / 2019 dibuka pada 1 Julai 2017 sehingga 24 Disember 2017.

Berikut dikongsikan panduan mengisi borang permohonan kemasukan ke Matrikulasi 2018.

Permohonan hanya boleh dibuat menggunakan PMI (Permohonan Melalui Internet) dengan membuat bayaran di BSN sebanyak RM10.00 (tidak termasuk GST).

Sekiranya anda tersilap mengisi maklumat permohonan atau secara tidak sengaja telah LOG OUT, sila klik KEMASKINI untuk lengkapkan permohonan anda.

Anda juga boleh menyemak no. angka giliran SPM 2017 anda dengan memilih menu SEMAKAN PERMOHONAN.

Permohonan Matrikulasi 2018

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam.

Walaubagaimanapun mulai sesi 2003/2004, kerajaan telah memberi kelonggaran untuk membolehkan 10% pelajar bukan bumiputera untuk mengikuti program pengajian ini.

Antara program yang ditawarkan di Matrikulasi:

  1. Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) – dua semester. Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Aliran Teknikal bagi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera.
  2. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) – empat semester. Jurusan Sains bagi pelajar Bumiputera sahaja

Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program Matrikulasi ini dijalankan di 15 buah kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan.

Permohonan Matrikulasi 2018 boleh dibuat di sini.

Syarat Permohonan

Bermula pengambilan pelajar baharu sesi 2017/2018, jadual di bawah adalah syarat kelayakan minimum dan mata pelajaran yang diambil kira dalam pengiraan merit.

syarat permohonan matrikulasi 2018

Senarai Kolej Matrikulasi

Berikut senarai 17 kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia.

  1. Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah.
  2. Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah.
  3. Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas.
  4. Kolej Matrikulasi Perlis, Arau.
  5. Kolej Matrikulasi Labuan, WP Labuan.
  6. Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.
  7. Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng.
  8. Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun.
  9. Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang.
  10. Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.
  11. Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Puteh.
  12. Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching.
  13. Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah,Pendang.
  14. Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang,Jengka.
  15. Kolej Matrikulasi Teknikal Johor,Pontian.
  16. Kolej MARA Kuala Nerang

Semakan Keputusan Matrikulasi

Semakan keputusan permohonan ke Matrikulasi KPM bagi sesi 2018 / 2019 boleh dibuat 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2017 diumumkan.

Semakan boleh dibuat sama ada melalui:

  • Talian telefon pejabat atau bantuan – 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang
  • Melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia – www.moe.gov.my
  • SMS dengan menaip MOEMATNO.K.P dan hantar kepada 15888

Pelajar yang tidak dipanggil ke PLKN 2018 boleh terus mengikuti program Matrikulasi ini.

Pelajar juga disarankan mengambil ujian MUET sebaik tamat SPM.

Elaun bulanan disediakan jadi pelajar tidak perlu memohon PTPTN ketika di Matrikulasi.

Soalan Lazim

Q: Bolehkah murid yang tidak mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dalam SPM memohon jurusan Perakaunan (M003)?

A: Tidak boleh. Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran wajib untuk memohon semua bidang pengkhususan Program Matrikulasi KPM.

Q: Berapakah yuran pendaftaran Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2018 / 2019?

A: Kadar yuran Pendaftaran Matrikulasi KPM bagi sesi 2018 / 2019 ialah:

yuran matrikulasi

Q: Bagaimanakah proses pemilihan pelajar dibuat?

A: Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi. Pengiraan merit mengambil kira 90% Akademik dan 10% Kokurikulum.

Q: Bolehkah saya memohon pertukaran Jurusan/Aliran selepas mendapat tawaran?

A: Hanya pertukaran Jurusan Sains kepada Perakaunan sahaja dibenarkan. Surat rayuan perlu dihantar kepada pengarah kolej anda mendaftar.

Pertukaran dari Aliran Teknikal kepada Jurusan Sains atau sebaliknya perlu disalurkan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.

Q: Bolehkah saya mohon pertukaran kolej?

A: Tidak dibenarkan kecuali bagi kes khas seperti sakit kronik yang memerlukan rawatan berpanjangan, adik beradik kembar ditempatkan di kolej matrikulasi berlainan dan lain-lain yang munasabah. Permohonan perlulah dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putajaya.

Rayuan Permohonan ke Matrikulasi

Sekiranya permohonan anda gagal, anda boleh mengemukakan rayuan semula secara online atau terus ke kaunter KPM untuk mengisi borang rayuan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan yang masih belum terjawab, sila hubungi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Comments
Loading...